18 February 2017

Karnival Pendidikan Bumiputera.

Hari Sabtu ketiga...sekolah dijemput untuk menghadiri karnival pendidikan bumiputera anjuran Biro Pendidikan Yayasan Pendidikan Cheras. Memandangkan kami adalah sekolah angkat YPC, maka wajiblah menghantar penyertaan. Tetapi bukan sekadar untuk memenuhi jemputan..kami mengambil sasaran yg betul iaitu murid kelas 5 Ibnu Sina iaitu kelas penyediaan makanan dan 5 Ibnu Rusyd iaitu kelas seni reka tanda dan kelas jahitan. Ini kerana pameran dan ceramah hari ini berkaitan dgn kursus kemahiran selepas SPM. Jadi membawa murid sasaran tepat adalah satu pelaburan yg paling baik untuk membuka mata murid ini tentang pelbagai kursus yg boleh mereka ceburi selepas SPM. 
Info penting untuk dikongsi
1) Institut Kemahiran Baitulmal membuka permohonan untuk murid 18 tahun hingga 35 tahun. Penuntut disini juga dibantu modal awal untuk memulakan perniagaan. Pengajian ditanggung sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam WPKL. Permohonan secara online dan permohonan dibuka sepanjang September setiap tahun. Asnaf adalah keutamaan dgn gaji ibu bapa RM 3 ribu ke bawah. 6 kursus sahaja iaitu kejuruteraan elektrik, kursus perkhidmatan dan penyajian makanan, rekaan fesyen dan pembuatan pakaian,  seni lukis dan seni reka, teknologi binaan bangunan.
Sijil skm tahap 1 dan 2. Asrama disediakan dan mkn percuma 3 kali sehari dan elaun RM 100 sebulan. Temudaga perlu lulus. Kelayakan minimum darjah 6 dan menguasai membaca menulis mengira. Sijil yg diiktiraf dari sijil IKB, SKM Jabatan Pembangunan Kemahiran tahap 1, 2 dan 3, Sijil kekompetenan dan endorsan 3 fasa PW4 suruhanjaya tenaga, Sijil Kecekapan Kemahiran Lembaga Pembangunan, Tahap 1 dan 2 CIDB, sijil aplikasi komputer
2) Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran PTPK sebuah badan berkanun dibawah kementerian Sumber Manusia untuk memberikan pinjaman latihan kemahiran yg mengikuti latihan kemahiran di penyedia latihan awam dan swasta yg ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan berdaftar dgn PTPK. Bagi pemohon untuk Sijil KM, DKM dan DLKM. PTPK akan menaikkan kelayakan gaji minumum keluarga pemohon dari RM 3 ribu kepada RM 5 ribu mulai tahun ni. Pinjaman diantara RM 2500 hingga RM 24k akan diberikan kpd pemohon yg memohon pinjaman ini bergantung program dan tahap latihan untuk yuran pengajian. Elaun sara hidup sebanyak RM 400 sebulan sepanjang tempoh latihan. Bayaran premium untuk perlindungan insuran dan bayaran balik pinjaman sebanyak 3%.setahun berasakan baki berkurangan.  Walaupun  lulusan Miester untuk kemahiran seperti kelayakan PHD untuk akademik..layak juga memohon pinjaman PTPK. Untuk memohon PTPK..kolej itu perlu berdaftar dgn PTPK. Boleh hubungi 03 40476200.
3) IKM iaitu Institut Kemahiran MARA kemasukan pada bulan julai dan disember. Jika terlepas tarikh online, boleh walk in. Permohonan akan diproses. Bayar pendaftaran awal semester.antara RM150 hingga RM240 shj. Mendapat elaun sijil RM250 sebulan dan diploma RM 300 sebulan . Asrama untuk perempuan disediakan percuma. Pengajian ditanggung sepenuhnya oleh IKM. Peluang kerja adalah tinggi. Latihan industri 6 bulan. Ada latihan industri yg menawarkan gaji kepada pelatih. 
4) Institut Latihan Perindustrian untuk pemohon SPM yg lulus BM, Sejarah, Matematik dan Sains. Yuran peringkat sijil adalah percuma dan PTPK menyediakan pinjaman untuk diploma. Antara kursus peringkat sijil Sijil Teknologi Pembuatan, Sijil Teknologi Kimpalan Arka dan Gas, sijil teknologi automotif, sijil teknologi penyelenggaraan mekanikal, sijil teknologi komputer, sijil teknologi percetakan, sijil teknologi elektrik, sijil teknologi elektronik infustri, sijil teknologi penyejukbekuan dan penyaman udara. Selepas peringkat sijil, masih ada peluang menyambung diploma di ILP. 

5) Akademi Jemari Malaysia ialah institusi swasta yg menawarkan kursus kemahiran. Pemohon boleh meminta tajaan dari DBKL. Bertempat di No 27-2 , Jln 46B/26, Pusat Bandar Rampai, Taman Seri Rampai. Kemahiran jangka pendek dalam rawatan kecantikan, dandanan rambut, terapi spa, urutan bersalin, solekan dan andaman pengantin, urutan refleksologi. 

6) Yayasan Wilayah Persekutuan untuk skim bantuan awal kewangan kpd anak anak berpendapatan rendah yg memasuki IPT. Pendapatan per kapita tidak lebih RM 1k sebulan. Kursus pengajian peringkat diploma, ijazah, sarjana dan kedoktoran dgn syarat lahir dan menetap di WPKL serta ibu bapa pengundi di WPKL. 
#HLP 

















 

Telegram Channel