14 February 2017

Job Shadowing: Lawatan Kerja Pensyarah Jabatan HEM Kaunseling Institut Aminuddin Baki, Genting Hingland


Berdasarkan surat dari Jabatan HEM Kaunseling Institut Aminuddin Baki yg berminat untuk menjalankan lawatan kerja ke Unit Kaunseling. Oh ye...mendapat panggilan telefon dari pengurus lawatan Jabatan HEM Kaunseling IAB menyebabkan saya bertanya berkali kali untuk kepastian apakah bentuk lawatan kerja. Adakah ia bentuk penilaian dan pemantauan atau berbentuk perkongsian amalan terbaik kami. Maklumlah ahli rombongan yg hadir ialah org org yg disegani dalam bidang kaunseling yg merupakan pensyarah kanan kaunseling di IAB dan Ketua Jabatan HEM Kaunseling IAB sendiri..saya rasa kerdil sangat nak tengok apa ek kat unit kaunseling kami. Lagi lagi yg hadir ialah pensyarah yg berpengalaman dalam perkhidmatan kaunseling seperti En Darwie yg disegani oleh guru guru kaunseling. 

Namun apabila En Zain memaklumkan bahawa mereka akan mengambil gambar dan menemubual kami untuk dijadikan point penting dalam menyampaikan topik pengurusan kaunseling kpd pengetua dan PK HEM yg baru dilantik, huhu lagilah berpeluh. Justifikasi pengurusan unit kaunseling kami akan disampaikan kpd pemimpin tinggi sekolah sekolah lain pula..bukan setakat seperti kami yg hanya membentang amalan terbaik kpd guru guru kaunseling sahaja.

Terima kasih atas win win situation ini. En Darwie berhajat ke sekolah krn membaca dlm blog mengenai sekolah kami dan berminat untuk melihat dgn lebih dekat sbg job shadowing iaitu memilih sekolah yg terbaik untuk dilihat kekuatannya. 

Antara kekuatan kami

1. Program dijalankan berdasarkan data dan kajian tindakan untuk impak tinggi

2. Mempunyai sistem outreach perkhidmatan kaunseling yg mantap dan disebarluas kepada murid, guru dan ibu bapa

3. Pengurusan kaunseling menggunakan sistem maklumat yg sangat membantu dlm pengurusan kaunseling dan bukan membebankan guru

4. Dokumentasi UBK yang membolehkan eviden dan keberhasilan dapat diukur




Peringatan penting untuk kami ingati
1. Pelapis dalam menjalankan sistem eklien dan dashboard kaunseling andaikata pengasasnya Padali berpindah keluar hihihi..dengar ye Rozi dan Raudzah.

2. Outreach UBK seawal dari pagar sekolah lagi untuk menunjukkan kebitaraan SMK Cheras dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

3. Keberkesanan murid berdasarkan 11 perkara iaitu 7 perkara berdasarkan ciri guru dalam bilik darjah, 1 perkara dari ibu bapa dan 3 perkara dari kepimpinan pentadbir. 

4. Menilai outcome dari setiap sesi kaunseling yg dijalankan. Berapa peratus yg berjaya memberi impak positif selepas sesi kaunseling

5. Membantu pengurusan dalam meningkatkan band sekolah. Cthnya menilai pengajaran dan pembelajaran guru dari aspek penilaian murid terhadap guru untuk dibuat rumusan kpd para pentadbir bagi penambahbaikan.

6. Manamakan perkhidmatan unit kaunseling dengan nama yang tertentu



Terima kasih atas teguran yang membina dan kata -kata peransang untuk kami terus majukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah


1-3-7
1 kerana ibu bapa
3 kerana kepimpinan sekolah
7 kerana ciri guru dalam bilik darjah
Well done my team



















Terima kasih Ketua Jabatan Dr Akma









 

Telegram Channel