21 March 2017

Kertas Kerja Sambutan Hari Guru SMK Cheras 2017

Kertas kerja yang disiapkan lebih awal untuk memohon tajaan di sana sini. Saya kongsikan di sini untuk rujukan. Selaku AJK Biro Profesionalisme saya bertanggungjawab dalam membuat kertas kerja program yang melibatkan AJK Kelab Guru.

KERTAS KERJA
 SAMBUTAN HARI GURU
BERTEMAKAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS
2017

1.0     PENGENALAN
Sambutan Hari Guru merupakan sambutan yang diadakan bagi meraikan guru –guru yang banyak berjasa dalam bidang pendidikan. Ia merupakan program tahunan yang wajib dijalankan. Bagi aktiviti pada bulan Mei, sambutan Hari Guru  yang dirancang untuk mengeratkan silaturahim antara murid dan guru dalam komunikasi lisan dan bukan lisan yang lebih santai dan tidak formal. Di samping itu, murid juga menggunakan kreativiti masing – masing untuk menyerlahkan bakat bagi menghiburkan guru-guru dan menghidupkan suasana Hari Guru. Budaya sambutan Hari Guru diteruskan setiap tahun agar murid dapat menghayati objektif sambutan Hari Guru bagi meraikan pendidik seluruh negara yang menjalankan tugas untuk memastikan kelangsungan ilmu pendidikan disampaikan. Semoga aktiviti yang dijalankan memberikan erti yang signifikan dalam catatan diari kehidupan seorang guru.


2.0     OBJEKTIF
          2.1     Agar dapat mengeratkan silaturrahim dalam kalangan guru dan murid
2.2     Agar murid dapat meraikan mentor dan guru masing-masing dalam majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah.
2.3     Agar semua guru dapat diraikan Hari Guru dengan penuh meriah melalui kerjasama warga sekolah
2,4     Agar guru yang bersara dapat diraikan dalam majlis Sambutan Hari Guru sekolah
         
3.0     TARIKH
          26  Mei 2017

4.0     SASARAN
          Semua warga SMK Cheras sesi pagi dan petang

5.0     AHLI JAWATANKUASA
          Pengerusi     : Puan Kamariah Bt Abu
          Timbalan Pengerusi: Cik Lee Swee Ching
          Naib Pengerusi 1:Puan Chong Moi Lian
          Naib Pengerusi 2:Puan Maznah Bt Musa
          Naib Pengerusi 3 : Encik Raheman Bin Ahmad
          Setiausaha        : Puan Norliza Bt Rafie
          Naib Setiausaha: Puan Nurhaiza Bt Che Mat

          BIDANG TUGAS
AJK Jemputan Dan Teks Ucapan
·       Mengenalpasti Tetamu Jemputan
·       Menyediakan Kad Atau Surat Jemputan
·       Memastikan Teks Ucapan Perutusan Disediakan
·       Mengenalpasti Teks Ucapan Yang Perlu Dibaca Dan Personalia Yang Terlibat

Puan Rozinani Bt Awang
Puan Murni Bt Mat Jali
(Pembimbing Rakan Sebaya)
AJK Aturcara Pentadbiran
·       Memastikan Program Berjalan Mengikut Aturcara

Puan Norliza Bt Rafie
(Timbalan Ketua Pengawas Putera Dan Puteri)
AJK Teks Bacaan Doa
En Mohd Nasrun Bin Ahmad
(Murid dari Kelas Imtiyaz)

AJK Kawalan Disiplin Murid

En Mohd Noor Bin Mat Deris
Puan Ratna Dewi a/p Gopalakrishna
En Chan Yoong Keong
En Masrizal Bin Abu Bakar
En Ahmad Azran B Abdul Rahman
(Ketua Pengawas Dan Timbalan Ketua Pengawas)
(Pengawas Sekolah)

AJK Perarakan
·       Menentukan Cara Perarakan Masuk Guru Dan Guru Bersara Yang Diraikan


Puan Murniyati Bt Masari
Puan Kavitha A/P Chelliah
(Pengawas Sekolah)

AJK Sumbangan
·       Mengenal pasti tajaan untuk sambutan Hari Guru

Puan Nurhaiza Bt Che Mat
Puan Sharihan
(Pembimbing Rakan Sebaya)
AJK Pengacara Majlis
·       Menyediakan Skrip Juruacara Majlis
·       Melatih Murid Untuk Menjadi Juruacara
Puan Athirah Bt Redzuan
(Murid yang berpotensi pilihan guru)
AJK Hadiah/Doorgift
·       Membeli Hadiah Dan Mengagihkan Pemberian Hadiah Kepada Guru
·       Mengenalpasti hadiah dari panitia atau sumber lain yang ingin memberikan sumbangan kepada guru yang bersara
Cik Hamizah Bt Md Aris
Cik Jamaliah Azmirakarimah
Puan Noraida Bt Mohamad@Abdullah
Cik Wong Mun Yee
(Murid Pengawas Pusat Sumber Dan AJK Koperasi)

AJK Permainan / Aktiviti

En Azrin Bin U Mat
Puan Raudzah Bt Ab Rahman
(Ahli Pembimbing Rakan Sebaya)

AJK Hiasan Pentas
·       Menghias pentas dan back drop
Puan Aziyanti Bt Abu Khanipah
Murid MPV (RJP)




AJK Persiapan Tempat
·       Menyediakan Khemah Dan Kerusi Meja
En Mohd Nidzam B Mohd Yusoff
En Amiruddin Bin Mohd Yusoff
En Rashid
En Firdaus
En Ikhwan
(Murid tingkatan 3 sewaktu PJ)

AJK Backdrop
·       Memilih Rekabentuk Backdrop Yang Menarik

En Abdull Azis Bin Arbi
(Pelajar MPV SRT Tingkatan 5)
AJK Persembahan
·       Menentukan Persembahan Yang Menarik
·       Mengatur Giliran Persembahan
Cik Noraini Bt Jamaluddin
Puan Norlaili Bt Ani
Puan Azimah Bt Ibrahim
Puan Umi Salbiah Bt Abdul Rahman
(Murid kelas muzik dari Sapelele dan Gamelan)
AJK Multimedia
·       Agar dapat menyediakan multimedia untuk majlis guru dan persaraan guru
En Yahya
Pn Norliza Borhan
(Murid kelas ICT 5 Gamma)

AJK Buku Program
Puan Laili Azuwa Bt Tamrin

(Murid kelas ICT 5 Gamma)
AJK Laporan Program
·       Menyediakan Laporan Selepas Program
Puan Zahirah Bt Abdul Halim

(AJK Murid)
AJK Jurufoto
·       Menangkap gambar untuk didokumentasikan
Puan Khairul Akhmar Bt Omar
En Hazmer Bin
(AJK Fotografi Majalah Sekolah)
AJK Jamuan

·       Menyediakan Jamuan
·       Mencadangkan Menu
Puan Sharin Hanum Bt Ab Rahman
Puan Tengku Laila Sari Bt Tengku Jusoh
Puan Haliza Bt Halid
Puan Nurul Shafini
Puan Faiza Bt Mamat
(Murid kelas PVMA Katering)

AJK Siaraya
·       Memastikan Siaraya Dapat Berfungsi Dengan Baik
En Bala Segar A/L M. Muniandy
(Pengawas Sekolah )                  



         
6.0     TENTATIF PROGRAM
          7.30 pagi      : Sarapan pagi di kantin
          8.00 pagi      :Pelajar berkumpul di tapak perhimpunan
8.15 pagi      :Perarakan masuk guru-guru di tapak perhimpunan
                              : Bacaan doa
                              : Bacaan Perutusan Hari Guru: Oleh Menteri Pendidikan
                              : Bacaan Perutusan Hari Guru: Oleh KPPM
                              : Ucapan Aluan Pengetua
          8.40 pagi      : Persembahan guru dan pelajar
                              : Penyampaian cenderamata
          10.00 pagi     : Aktiviti permainan
          11.30 pagi     :Jamuan makan
                              - Persembahan multimedia persaraan guru
                              - Aktiviti memotong kek
                              - Ucapan Dari Yang Diraikan Persaraan
     1.10 tengah hari   : Bersurai

7.0     ANGGARAN KEWANGAN
          Yayasan Pendidikan Cheras                  =        RM    800
          Koperasi                                               =        RM 1,100
          PIBG                                                    =        RM 1,100
          Pendapatan                                          =        RM 3,000

          Perbelanjaan
          Cenderamata guru(RM10 x 110 orang)  =        RM 1,100
          Hadiah persaraan (RM100 x 2 orang)     =        RM    200
          Jamuan guru         (RM10 x 110 orang)  =        RM 1,100
          Backdrop                                              =        RM    100
          Hadiah aktiviti / pertandingan                 =        RM    500
          Jumlah                                                 =        RM 3,000
                   
8.0     PENUTUP
          Diharapkan agar sambutan Hari Guru peringkat sekolah berjalan lancar dan
mencapai objektif program.yang diharapkan.

Disediakan oleh,                                                        Diluluskan oleh,

(Nurhaiza Bt Che Mat)                                               (Kamariah Bt Abu)
Guru Kaunseling                                                       Pengetua



Happy Birthday Kavitha



 

Telegram Channel