11 March 2017

LDP: Digital Learning -VLE-SKPMg2


Di pagi Sabtu dgn cuaca yg cantik, kami mengadakan LDP. Di bimbing oleh En Chan untulk senaman pagi di tapak perhimpunan sebelum memulakan aktiviti pagi riang ria senaman pagi.

Hari ini slot LDP ke2 peringkat sekolah. Kami dipecahkan kepada 5 stesen dgn 5 kumpulan bergerak mengikut stesen masing masing. 

Sebelum itu, sempat mesyuarat guru diadakan di tapak perhimpunan sebelum kami berpecah mengikut stesen. 

Satu input baru yg dipelajari dgn fokus kumpulan kecil untuk memahami input yg disampaikan dgn lebih baik. Saya diletakkan di bawah kumpulan melur dengan stesen pertama kami ialah digital learning di bilik matematik . Kami menggunakan gajet telefon yes kami untuk menjalankan praktikal digital learning. Bagaimana membentangkan di kelas menggunakan gajet yg sedia ada bagi pengajaran yg sgt interaktif. 

Stesen seterusnya VLE Frog..kami diajar membina kuiz dalam talian VLE untuk murid. 
Di bawah kendalian Zizawani dan Norazah. Adeh kesian tengok cikgu cikgu ni melayan karenah masing masing. Zizawani menggunakan pendekatan kelas abad ke 21 menarik fokus murid dalam kelas jika bising dgn menyebut hi five. Saya berjaya membina soalan untuk kelab kerjaya saya hihi

Stesen berikutnya mengenai skpmg2 berkaitan dgn pengurusan kokurikulum. Masih berkaitan dgn saya untuk pengurusan kelab kerjaya. Bagaimana mengumpul eviden untuk mendapat skor tertinggi skpmg2 dan list senarai semak yg memudahkan kami check satu persatu apa yg patut ada. 

stesen berikutnya skpmg2 berkaitan dgn fail panitia. Okey tadah telinga mendengar walaupun tiada kaitan dgn kaunseling begitu juga skpmg2 stesen berikutnya berkaitan dgn pengajaran. Mendengar untuk pengetahuan :)

Menahan marah..
Lebih baik dan disegani






Belajar VLE dibawah fasilitator Norazah dan Zizawani


Belajar Digital Learning dibawah fasilitator Cikgu Sharin dan Cikgu Norliza Borhan


Bengkel pengurusan kokurikulum di bawah Pn Maznah dan Cik Hufaidah.

Bengkel SKPMg2 dari Pn Jasbir,En Hasbi

Sesi senaman awal pagi dikelolakan oleh Cikgu Chan




 

Telegram Channel