25 May 2017

Ribut Dan Bencana di SMK Cheras


Hari ini merupakan hari yang paling sibuk di sekolah. dari 7.30 hingga 2.00 petang berada di bilik komputer untuk menguruskan ujian permata pintar murid dari kelas ke kelas. Dalam masa yang sama appointment dengan IPTS dan dalam masa yang sama menguruskan pelbagai urusan untuk Majlis Hari Guru esok selaku AJK Kelab Guru. Sedar tak sedar dah pukul 11.00 pagi menggeletar sebab tak makan sarapan pagi lagi huhuhu. Tengah beli nasi nak makan curi curi masa jap, AJK Multimedia persaraan pula ingin mengambil rakaman video saya untuk ucapan Majlis Persaraan Pn Tan Nyok Moi. Orait alamak dah pukul 1.30 tengah hari kena pegi Dialaog Prestasi untuk taklimat Hari Guru esok kepada guru -guru dan murid PRS pula datang untuk bertanyakan aturcara rehersal penuh Majlis Hari Guru pukul 2.00 petang nanti. Well habis raptai pukul 3.30 petang dan saya rasa lembik terus. 
Stayback sekejap untuk persiapan hadiah dan aturcara Majlis Hari Guru esok, pukul 5.10 petang saya baru boleh punch out dengan cuaca yang mendung dan gelap gelita seperti pukul 7 malam. 

Saya memandu dalam keadaan nampak tak nampak ke arah Kajang, dan setibanya di area Kajang dan berhenti di sekolah agama untuk mengambil anak saya, sempat saya membuka whatsapp yang bertalu talu masuk. Allahuakbar rupanya sepanjang perjalanan saya ke Kajang, sekolah dilanda ribut. Atap dari blok A terbang menghempas ke blok B iaitu di atas bilik kaunseling saya. Dan banyak lagi atap yang berterbangan hingga ke makmal sains di sebelah kantin iaitu melangkau dua blok dari atap blok asal. 
Terkedu sekejap kerana atap yang jatuh itu menutup sebahagian koridor laluan dari blok A dan blok B dan laluan itu adalah laluan utama saya dari bilik kaunseling untuk punch out di blok A pejabat. 

Alhamdulillah syukur....saya terawal 15 minit sahaja dari melalui tempat tersebut. Sepanjang 17 tahun berkhidmat di sini, ini adalah peristiwa ribut yang paling teruk hingga terbang semua atap bumbung, merobohkan khemah persediaan untuk Majlis Hari Guru esok. Malamnya saya online dengan group pengurusan sekolah, group Kelab Guru memikirkan alternatif B kami untuk program Hari Guru esok..sehingga pukul11.00 malam...
Semoga esok urusan kami dipermudahkan...


Al-Baqarah : 285 -286






 

Telegram Channel