MENANGANI MURID BERISIKO KECICIRAN
SEKOLAH DI BANDARAYA
MELALUI INTERVENSI MODEL PSIKOLOGI
KAUNSELING
NURHAIZA
BT CHE MAT
SMK
CHERAS
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan
mengenalpasti keberhasilan impak meningkatkan kehadiran murid ke sekolah dan
menangani masalah murid berisiko keciciran dari sekolah melalui perlaksanaan
modul menangani masalah murid berisiko keciciran sekolah. Modul ini mula
dijalankan pada tahun 2015 untuk meningkatkan kehadiran murid ke sekolah dan
menurunkan kadar murid berisiko keciciran sekolah melalui intervensi Zoom In. Modul bersepadu melibatkan guru
tingkatan dan guru mentor melalui Zoom In
Guru Tingkatan Dan Mentor, intervensi ibu bapa melalui Zoom In Ibu Bapa dan intervensi murid sendiri melalui satu sistem
pengawalan iaitu Zoom In Murid. Manakala
intervensi SPOT Sistem Pemantauan Orang Tertentu telah dijalankan pada tahun
2016 untuk menurunkan kadar murid berisiko tinggi iaitu murud murid yang pernah
dibuang sekolah dan keciciran dari
sistem persekolahan. Berdasarkan modul yang telah dijalankan, modul ini berjaya
menurunkan kadar murid dibuang sekolah atau menurunkan kadar murid berisiko
tinggi keciciran sekolah dan meningkatkan kehadiran murid ke sekolah. Dapatan
kajian ini menunjukkan perlunya ada satu modul yang sistematik dalam menguruskan
murid berisiko keciciran sekolah terutama di bandar yang mempunyai peratus
murid keciciran yang tertinggi. Modul ini sebagai alternatif untuk guru
bimbingan dan kaunseling menjalankan intervensi menguruskan murid berisiko
keciciran di sekolah.
PENGENALAN
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025
telah berada di gelombang kedua memacu peningkatan sistem (2016 – 2020) . Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan
teras pendidikan bagi menentukan kejayaan sistem pendidikan Malaysia secara
keseluruhan iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Aspirasi
akses memerlukan 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada
prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020 . Oleh itu antara
inisiatif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menangani keciciran murid
ialah melaksanakan inisiatif peningkatan akses daripada prasekolah hingga
menengah atas, meneruskan sokongan pendidikan sedia ada termasuk bantuan
asrama, pengangkutan, Rancangan Makanan Tambahan, Susu 1Malaysia, dan bantuan
persekolahan, menubuhkan jawatankuasa pemandu dan jawatankuasa teknikal bagi
menangani dan memantau isu keciciran murid, pengumpulan data murid berisiko
cicir di sekolah rendah dan menengah. Berdasarkan surat siaran Kementerian
Pendidikan Malaysia Bilangan 12 tahun 2012 mengenai perekayasaan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling di sekolah, KPM telah menggariskan 4 fokus untuk
penekanan guru bimbingan dan kaunseling. Antaranya ialah peningkatan disiplin
murid dengan fokus adalah untuk memupuk disiplin diri murid termasuk intervensi
yang perlu dilakukan bagi mencegah mereka terlibat dengan gejala- gejala
disiplin dan anti sosial yang lain. Hasilnya agar dapat membentuk perwatakan
murid yang berketrampilan dan terpuji.
LATAR BELAKANG KAJIAN
Pada
10 Januari 2016, artikel Berita Harian menyiarkan mengenai Menteri Pendidikan
Datuk Seri Mahdzir Khalid memaklumkan bahawa faktor yang menyebabkan kadar
kehadiran murid yang rendah di sekolah kawasan yang mempunyai ramai penduduk
golongan berpendapatan rendah seperti berdekatan dengan Projek Perumahan Rakyat
(PPR). Kebanyakan sekolah yang mempunyai kadar ponteng tinggi terletak di
kawasan sedemikian dengan kadar kehadiran murid ke sekolah sekitar 87 peratus
sahaja. Pengkaji berada di sekolah yang majoriti murid datang dari kawasan PPR, malahan sekolah yang
berada di ranking bawah peratus kehadiran murid dan kadar keciciran yang tinggi
di Kuala Lumpur ialah sekolah yang
berhampiran dengan PPR yang menyebabkan pengkaji berminat untuk menjalankan
kajian yang dapat membantu menangani murid cicir berisiko tinggi dan sederhana melalui pendekatan dari
guru bimbingan dan kaunseling. SMK Cheras merupakan sekolah di mana pengkaji
bertugas. Merupakan sebuah sekolah di tengah bandaraya Kuala Lumpur yang
berhampiran dengan Projek Perumahan Rakyat.
Berdasarkan Bengkel Intervensi Menangani Masalah Kehadiran Murid Di
Sekolah Bagi Guru Kaunseling Dan Guru Disiplin Sekolah Sekolah di Kuala Lumpur
untuk sekolah yang mempunyai kehadiran murid yang rendah di Kuala Lumpur yang
dijalankan pada tahun 2015, pengkaji mendapati majoriti sekolah yang terlibat
dalam kategori kehadiran murid ke sekolah di bawah 87%, sekolah tersebut tidak
mempunyai model yang sistematik dalam menguruskan masalah ketidakhadiran murid
di sekolah. Guru kaunseling juga tidak mempunyai proses kaunseling dan
intervensi yang sistematik. Intervensi yang dijalankan hanyalah merangkumi intervensi
dalam jangka masa pendek iaitu sesi kaunseling sama ada individu dan kelompok, dan
bukannya proses jangka masa panjang dalam tahun semasa yang melibatkan
pemulihan dan pemantauan secara bersepadu. Oleh kerana Kuala Lumpur antara negeri yang mempunyai
kadar kehadiran dan keciciran yang tinggi berbanding negeri lain, maka isu
keciciran adalah isu yang serius di Kuala Lumpur. Malahan Pejabat Pendidikan
Daerah meletakkan KPI kehadiran murid ke sekolah sebagai fokus utama dalam
Transformasi Pendidikan Daerah. Oleh itu saya menjalankan kajian dengan
berfokuskan kepada bulan Januari hingga September pada tahun 2015 – 2016 iaitu
bulan pengajaran dan pembelajaran aktif dijalankan.
Sehubungan dengan itu, saya menyediakan
satu model menguruskan murid berisiko keciciran ke sekolah bagi diaplikasikan
pengurusan menangani murid yang pernah mendapat surat amaran tidak hadir ke
sekolah dengan tujuan :
a)
Agar dapat menguruskan murid berisiko keciciran dengan sistematik melalui pendekatan
psikologi dan kaunseling bagi menurunkan kadar keciciran murid berisiko dan
meningkatkan kehadiran murid ke sekolah.
b)
Agar dapat memantau tingkah laku murid berisiko tinggi keciciran iaitu murid
yang pernah dibuang sekolah dan amaran ketidakhadiran terakhir sebelum dibuang
sekolah secara maksimum dengan penggunaan kad SPOT (Sistem Pemantauan Orang
Tertentu) agar meningkatkan kadar pengekalan di sekolah sehingga tamat
tingkatan lima.
c)
Agar dapat memberikan ganjaran kepada murid yang telah menunjukkan perubahan
yang baik dalam sahsiah mereka dan seterusnya mempengaruhi rakan sebaya lain agar
meningkatkan kadar kehadiran murid ke sekolah.
d)
Agar dapat menjalankan tindakan susulan
dan motivasi bagi murid yang belum menunjukkan tahap kehadiran ke sekolah yang
memuaskan bagi meningkatkan kadar kehadiran murid ke sekolah.
METADOLOGI KAJIAN
Reka Bentuk Kajian
Pengkaji
membina modul pembangunan murid berdasarkan Model Drum dan
bersandarkan
teori Psikologi Maslow dan Teori Kaunseling Terapi Realiti. Modul ini dibina
dan direalisasikan dalam bentuk intervensi Zoom
In dan intervensi SPOT (Sistem Pemantauan Orang Tertentu).
1. Model
Intervensi Zoom In Kelas
Nama program : ZOOM IN KELAS BERDASARKAN PENINGKATAN KEHADIRAN
Matlamat
: Mengenal pasti kategori kelas
cemerlang, harapan dan lonjakan melalui kadar peratus kehadiran murid
pada setiap bulan
Strategi : Ganjaran dan Motivasi
Rasional :
Outreach untuk menggalakkan kehadiran murid tanpa meletakkan KPI tertentu dan menjalankan
aktiviti Zoom In untuk peningkatan kehadiran murid walaupun 1%
setiap bulan.
Objektif :
1)
Agar dapat mengenal pasti kelas yang
menyumbang kepada peratus kehadiran pelajar yang rendah untuk diambil tindakan
segera.
2)
Agar dapat membantu guru kelas untuk
memotivasikan pelajar dalam kelas tersebut untuk hadir ke sekolah
3)
Agar dapat mengenal pasti kelas yang
menyumbang peningkatan kehadiran murid yang tinggi untuk
disampaikan ganjaran
4) Agar dapat memberikan ganjaran kepada guru
tingkatan dan mentor guru
tingkatan yang dapat membantu
meningkatkan kehadiran murid di dalam
kelas mereka
5) Agar dapat membantu guru tingkatan yang
mempunyai peratus kehadiran
yang rendah untuk merancang strategi Zoom In Murid pula
BIL
|
PROSES KERJA
|
TANGGUNGJAWAB
|
Sasaran
|
Catatan
|
1
|
Mesyuarat
Jawatankuasa
|
PK HEM
Semua guru
kaunseling
|
AJK UBK
AJK Disiplin
Semua guru
|
|
2
|
Mengenalpasti
kelas yang terlibat melalui buku kehadiran murid atau data
|
|
Semua kelas
|
Kehadiran
kelas sebanyak 95% sebanyak 7 kali akan di bawa ke lawatan
|
3
|
Merekodkan
kelas yang terlibat untuk dijalankan sesi motivasi dan ganjaran
|
Guru
kaunseling
|
Guru kelas dan
guru mentor
|
Kelas yang
berada dibawah 87% kehadiran ke sekolah
|
4
|
Menyampaikan
anugerah galakan bagi kelas yang terlibat
-Zoom In
Cemerlang
95% kehadiran setiap bulan
-Zoom In
Lonjakan
5% meningkat
kehadiran berbanding bulan lepas
-
Zoom In Harapan: iaitu kelas yang
sentiasa meningkat kehadiran berturut-turut selama 3 bulan.
|
PK HEM
Guru kelas
Guru
kaunseling
|
Kelas mencapai
95% kehadiran
Kelas yang
dapat meningkatkan 5% kehadiran berbanding bulan lepas
Kelas yang
dapat meningkatkan kehadiran selama 3 bulan berturut.
|
Guru kelas dan
mentor kedua juga akan memperolehi sijil anugerah untuk diri sendiri berdasarkan
anugerah yang diperolehi oleh kelas masing-masing.
|
2. Modul
Zoom In Murid
2.1 )Nama Intervensi: Zoom In Murid : Hati Ke Hati
Matlamat
: Mengenal pasti punca pelajar tidak hadir ke sekolah untuk diberikan bimbingan.
Objektif
: Agar dapat mengenal pasti pelajar yang menyumbang kepada
peratus kehadiran ke sekolah yang rendah untuk diambil tindakan segera.
Strategi :
Sesi kaunseling individu dan kelompok
MODUL INTERVENSI ZOOM IN MURID
BIL
|
PROSES KERJA
|
TANGGUNGJAWAB
|
SASARAN
|
CATATAN
|
1
|
Mesyuarat
Jawatankuasa
|
PK HEM
Guru Kelas
Semua guru
kaunseling
|
|
|
2
|
Mengenalpasti
pelajar yang terlibat melalui buku kehadiran pelajar atau data
|
|
Murid yang
menerima surat amaran
|
|
3
|
Menjalankan
sesi kaunseling kelompok dan Ujian DASS
|
Guru
kaunseling
|
Murid menerima
surat amaran
|
|
4
|
Menjalankan
sesi kaunseling individu
|
PK HEM
Guru kelas
Guru
kaunseling
|
Murid menerima
surat amaran
|
|
5
|
Merekodkan
status DASS dan sebab tidak hadir untuk diambil tindakan intervensi yang bersesuaian
|
Guru
Kaunseling
|
Murid yang
menerima intervensi “Hati Ke Hati”
|
|
2.2 Nama
Intervensi: Zoom In Murid : Murid SPOT
(Sistem Pemantauan Orang Tertentu)
Matlamat
: Mengenal pasti punca pelajar berisiko tinggi keciciran tidak hadir ke
sekolah untuk mengenal pasti intervensi.
Objektif
: Agar dapat menurunkan kadar murid
berisiko keciciran dari sekolah.
Strategi :
Sesi kaunseling individu dan kelompok dan pemantauan total.
Modul
Intervensi SPOT (Sistem Pemantauan Orang Tertentu) untuk murid berisiko tinggi
keciciran iaitu murid yang dikenalpasti kerana ponteng sekolah dan mendapat
surat amaran ponteng berterusan dan surat amaran ketiga malahan murid yang pernah dibuang sekolah kerana tidak
hadir ke sekolah. Murid ini bukan sahaja memerlukan sesi kaunseling malahan
memerlukan pemantauan dari
guru disiplin, guru kelas, guru subjek dan guru kaunseling sendiri. Konsultasi
keibu bapaan wajib dijalankan agar mendapat kerjasama ibu bapa mengenai
pergerakan anak dari rumah ke sekolah. Kad SPOT
adalah kad kawalan murid berwarna merah . Murid akan menerima kad SPOT
merah pada bulan pertama murid dipantau, dan pemantauan selama minimum 3 bulan
kerana penukaran kad setiap bulan berikutnya. Bulan kedua ialah kad berwarna
kuning dan kad sahsiah terpuji ialah kad berwarna hijau, pada bulan ketiga.
Namun pertukaran warna kad dapat dijalankan atau tidak kepada murid pada bulan
berikutnya berdasarkan kes:
Kad merah : Jika tidak berpuas hati
dengan kehadiran, lewat atau masalah salah laku murid
Kad kuning : Jika terdapat perubahan
yang lebih baik dari aspek kehadiran, lewat atau
masalah salah laku
Kad hijau: Kehadiran ke sekolah yang cemerlang dan lewat ke sekolah
kurang 3
kali sebulan dan tiada masalah salah laku
Modul
Intervensi Murid Berisiko Tinggi
Keciciran
BIL
|
AKTIVITI
|
TINDAKAN
|
1
|
Murid
mendaftar masuk
|
Penyelaras
tingkatan
|
2
|
Sesi
kaunseling murid
|
Guru
kaunseling
|
3
|
Sesi
konsultasi ibu bapa
|
Guru
kaunseling
|
4
|
Menyerahkan
surat aku janji murid SPOT kepada murid
|
Guru
kaunseling
|
5
|
Menyerahkan
surat makluman kepada ibu bapa mengenai SPOT
|
Guru
kaunseling
|
6
|
Guru
kaunseling menyerahkan nama murid kepada guru disiplin dan guru tingkatan
|
Guru
kaunseling
|
7
|
Guru
kaunseling menyerahkan kad SPOT berwarna merah
|
Guru
kaunseling
|
8
|
Murid perlu
mendapatkan tandatangan daripada ketua guru disiplin/ guru kaunseling pada
masa 1 selama sebulan
|
Guru disiplin
|
9
|
Murid perlu
mendapatkan tandatangan pada setiap guru subjek selama sebulan
|
Guru mata
pelajaran
|
10
|
Guru subjek
bebas mencatat apa sahaja dalam buku catatan sama ada lewat masuk kelas,
tidak menyiapkan latihan, atau tidur dalam kelas, atau memuji murid kerana
menyiapkan buku latihan.
|
Guru subjek
|
11
|
Guru
kaunseling akan meletakkan nama murid sebagai murid SPOT dalam buku kawalan
kelas untuk pemantauan bersama guru mata pelajaran
|
Guru
kaunseling
|
12
|
Perjumpaan
sebulan sekali bersama pentadbir dan kemajuan sahsiah dan disiplin murid
bersama maklum balas dari kad SPOT
|
Pengetua/PK
HEM/ PK Petang
|
13
|
Murid yang dipantau
selama sebulan akan diberikan status berikut untuk bulan berikutnya:
Kad merah:
jika tidak berpuas hati dengan kehadiran,
lewat atau masalah salah laku murid
Kad kuning:
Jika terdapat
perubahan yang lebih baik dari aspek kehadiran, lewat atau masalah salah laku
Kad hijau:
Kehadiran ke
sekolah yang cemerlang dan lewat ke sekolah kurang 3 kali sebulan dan tiada
masalah salah laku.
|
Guru
kaunseling
|
14
|
Follow up
dengan ibu bapa murid SPOT bagi kes kad merah yang berterusan
|
Guru
kaunseling
|
15
|
Ganjaran
berbentuk sijil dan hadiah iringan setiap 3 bulan akan diberikan kepada murid
yang menerima kad kuning atau kad hijau sahaja.
|
Setiausaha HEM
|
3.0 MODUL
INTERVENSI IBU BAPA MURID BERISIKO KECICIRAN
ZOOM IN IBU BAPA
Matlamat : Mendapatkan maklumat dari ibu bapa mengenai punca murid tidak hadir ke sekolah dan
seterusnya menjalinkan kerjasama dengan ibu bapa untuk membantu
menangani permasalahan murid.
Strategi : Konsultasi keibu bapaan bersemuka,
telefon dan lawatan ke rumah
Objektif
:
Agar dapat mengenal pasti kerjasama bersama ibu bapa bagi murid yang
menyumbang kepada peratus kehadiran ke sekolah yang rendah untuk diambil
tindakan segera.
INTERVENSI
KONSULTASI KEIBUBAPAAN
BIL
|
PROSES KERJA
|
TANGGUNGJAWAB
|
SASARAN
|
1
|
Mesyuarat
Jawatankuasa
|
PK HEM
Guru Kelas
Semua guru
kaunseling
|
AJK
|
2
|
Mengenalpasti
ibu bapa murid yang terlibat melalui buku kehadiran murid atau data
|
Guru Kelas
Guru Mentor
|
Ibu bapa murid berisiko
|
3
|
Konsultasi ibu
bapa bersemuka
di sekolah
|
Guru Kaunseling
|
Ibu bapa yang
dapat dihubungi
|
4
|
Talian Kasih
bagi ibu bapa
iaitu
menghubungi ibu bapa melalui telefon
Cakna Kasih
iaitu projek lawatan ke rumah
|
Guru
Kaunseling
|
Ibu bapa
dihubungi dengan telefon dan lawatan ke rumah
|
DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan
perlaksanaan modul menangani murid berisiko keciciran sekolah, maka dapatan
kajian telah diperolehi:
Peratus
Kehadiran Murid Ke Sekolah Bagi
Jan
– Sept 2014 hingga Jan- Sept 2016
2014 (tiada modul sistematik)
|
82
%
|
2015 (modul diuji)
|
86
%
|
2016 (perlaksanaan modul)
|
87%
|
Bilangan
surat amaran ponteng sekolah dikeluarkan bagi
Jan–
Sept 2014 hingga Jan – Sept 2016
2014 (tiada modul sistematik)
|
741
surat amaran
|
2015 (modul diuji)
|
409
surat amaran
|
2016 (perlaksanaan modul)
|
250
surat amaran
|
Bilangan
murid tidak hadir ke sekolah hanya sehari dan hadir penuh bagi
Jan
– Sept 2014 hingga Jan – Sept 2016
2014 (tiada modul sistematik)
|
75
orang
|
2015 (modul diuji)
|
114
orang
|
2016 (perlaksanaan modul)
|
160
orang
|
PERBINCANGAN
Model intervensi mengurus murid
berisiko keciciran ini telah diuji pada tahun 2015 melalui pendekatan Zoom In manakala model SPOT mengurus
murid berisiko tinggi keciciran telah diuji pada tahun 2016 dan menunjukkan
keberhasilan dan impak yang tinggi. Maka model ini telah digunakan di beberapa
buah sekolah menengah di Kuala Lumpur pada tahun 2017. Sumbangan kajian ini
penting untuk menunjukkan kepada guru bimbingan dan kaunseling dalam
menjalankan aktiviti dan intervensi klien menggunakan modul dan intervensi yang
betul untuk kes murid yang berisiko keciciran. Ini kerana Kementerian
Pendidikan Malaysia akan mengeluarkan garis panduan bagi menangani masalah
murid yang keciciran dan menerangkan
intervensi yang akan dilakukan oleh pihak yang berkepentingan di sekolah bagi
menangani masalah murid keciciran. Walau bagaimanapun intervensi modul untuk
pihak guru bimbingan dan kaunseling menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling
harus juga dibekalkan untuk panduan guru bimbingan kaunseling menjalankan
aktiviti sesi kaunseling kelompok atau individu dengan modul kaunseling
menangani masalah keciciran murid. Kebanyakan kajian tindakan dan aktiviti
sekolah memfokuskan model mengenai meningkatkan kehadiran murid ke sekolah
namun modul untuk meningkatkan kehadiran murid dan intervensi murid berisiko
cicir sederhana dan tinggi belum lagi diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Setakat ini modul kaunseling berfokus ponteng ada dibekalkan kepada guru
kaunseling yang umum untuk segala kes berkaitan murid ponteng seperti ponteng
sekolah, ponteng kelas, ponteng perhimpunan. Oleh itu, modul khas untuk murid
penerima surat amaran dua, tiga dan kes rayuan bersekolah semula adalah perlu
sebagai rujukan dan alternatif dalam menangani masalah murid berisiko cicir
terutama yang berisiko tinggi keciciran sekolah. Ini kerana apabila kehadiran
murid ke sekolah meningkat mendadak pada tahun 2014 ke 2015 tetapi menunjukkan
peningkatan yang perlahan pada tahun 2016, maka intervensi SPOT dijalankan
secara sampel kajian kepada murid berisiko tinggi keciciran tahun 2016 yang
mengundang kepada kehadiran yang rendah dalam sesebuah kelas. Intervensi SPOT
ini memberikan impak yang tinggi terhadap kehadiran murid berisiko tinggi di
sekolah dan diaplikasikan sepenuhnya pada tahun 2017.
Melalui intervensi Zoom In Kelas, murid di dalam kelas akan
sentiasa bekerjasama bagi membantu kelas mencapai KPI yang disasarkan. Murid
juga akan lebih mengambil berat murid lain di dalam kelasnya yang tidak hadir
ke sekolah untuk memaklumkan kepada guru. Melalui intervensi Zoom In Guru Tingkatan Dan Mentor, maka
pelantikan mentor kedua akan dilantik. Maka terdapat dua orang guru yang akan
bekerjasama untuk mencari strategi membantu kehadiran murid kelas masing
–masing terutama yang berisiko keciciran. Murid juga akan lebih berdisiplin
bahawa terdapat dua orang guru yang akan memantau mereka.Melalui aktiviti
ganjaran dan bimbingan ia memenuhi psikologi keperluan Maslow iaitu penghargaan
kendiri dan aktiviti bimbingan sebagai tanda sokongan kepada guru tersebut bagi
membantu menguruskan kelasnya dengan lebih berkesan dengan pemantauan kepada
murid-murid tegar di dalam kelas tersebut. Ganjaran yang diberikan akan
meningkatkan tahap motivasi intrinsik dan ekstrinsik murid untuk mengekalkan
tahap kehadiran murid di dalam kelas dengan cemerlang manakala slot ceramah
motivasi kepada murid bagi kelas yang berada di bawah peratus kehadiran yang
tidak memuaskan diharapkan agar dapat menyuntik motivasi pencapaian mereka agar
hadir ke sekolah.
Melalui Zoom In Ibu Bapa , ibu bapa dapat bekerjasama untuk memaklumkan
mengenai pergerakan anak dan tingkah laku anak yang boleh dibantu oleh guru
kaunseling. Ibu bapa juga perlu dilibatkan dalam kontrak agar dapat
bertanggungjawab terhadap pergerakan anak jika tidak ke sekolah. Melalui
aktiviti Talian Kasih dan Cakna, ia menunjukkan bahawa pihak sekolah akan
bertindak sehingga ke rumah murid bagi mengesan murid berpotensi keciciran
sekolah. Ini kerana ada kes surat amaran yang dihantar tidak diterima ibu bapa
kerana murid sendiri yang mengambil surat dari peti surat dan menyembunyikannya
atau bertukar alamat tanpa memaklumkan kepada guru, dan ada nombor telefon yang
tidak dikemaskini dan menyulitkan menghubungi ibu bapa. Aktiviti ini
menyedarkan murid betapa serius pihak sekolah mengambil tindakan dan dengan
sendirinya murid yang tidak mahu melibatkan ibu bapa, akan cuba hadir ke
sekolah dan mengurangkan tingkah laku ponteng berterusan atau tidak ponteng ke sekolah lagi.
Melalui
pengetahuan guru kaunseling mengenai agensi yang perlu dirujuk, maka guru
kaunseling dapat membantu isu kekeluargaan untuk ditangani oleh pihak lain yang
lebih profesional.
Melalui Zoom In Murid, model ini sesuai digunakan bersama modul kesihatan
mental untuk menjalankan intervensi kepada murid. Guru kaunseling akan
menyentuh rumusan mengenai latar belakang keluarga, akujanji yang perlu
dipatuhi murid dan meneroka masalah sebenar untuk strategi yang akan datang. Guru
kaunseling akan membantu murid mengenalpasti sumber yang boleh didekatinya
untuk membantu merealisasikannya matlamat hidup dan bertindak terhadap masalah
sebenar yang menyebabkannya tidak hadir ke sekolah.nMelalui bimbingan kerjaya,
murid dapat dibimbing untuk mengetahui bahawa terdapat pelbagai bidang akademik
dan kemahiran untuk melanjutkan pelajaran walau apa sahaja kelulusan akademik
murid tersebut. Yang penting, murid masih berada dalam sistem persekolahan
dalam usia yang sepatutnya mereka berada dalam sistem persekolahan. Dengan
inovasi penggunan Kad SPOT iaitu kaedah yang digunakan untuk mengawal tingkah
laku negatif murid di sekolah, maka murid sedar bahawa pergerakan deviannya
akan terbatas kerana pemantauan total.
Melalui ulasan guru mengenai tingkah laku yg positif pada kad, ia akan
memberikan motivasi untuk mengukuhkan tingkah laku positif dan akan
memperlahankan tingkah laku negatif hingga terhapus terus. Kad SPOT ialah
kaedah yang digunakan untuk mengawal tingkah laku negatif murid di sekolah agar murid sedar bahawa
pergerakan deviannya akan terbatas kerana pemantauan total. Melalui ulasan guru
mengenai tingkah laku yang positif pada kad, ia akan memberikan motivasi untuk
mengukuhkan tingkah laku positif dan akan memperlahankan tingkah laku negatif
hingga terhapus terus.
KESIMPULAN
Rujukan
berdasarkan kepada laporan data keciciran murid di sekolah menengah tahun 2016
oleh Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian
Pendidikan Malaysia mendapati peratus murid berisiko cicir di Malaysia pada tahun 2016 ialah 9386 yang
mana, peratus murid sederhana risiko ialah
4264 murid dari 9386 murid yang meliputi 45.4 peratus murid cicir
manakala murid yang tinggi risiko keciciran di sekolah menengah adalah 402
murid yang meliputi 4.3 peratus. Selain itu,
laporan pengumpulan murid berisiko cicir di sekolah KPM pada tahun 2016 juga
mendapati 4.3% murid sekolah menengah berisiko tinggi untuk tercicir daripada
sistem persekolahan. Faktor –faktor yang
dikenalpasti sebagai penyumbang kepada murid berisiko tinggi untuk tercicir ialah
berpunca daripada faktor murid dan faktor keluarga. Diharapkan dengan adanya
modul menangani murid berisiko keciciran di sekolah dapat dikurangkan, dengan
menjalankan intervensi ini di sekolah.
BIBLIOGRAFI
1. Mohd Fadzil Che Din (2012). Pengenalan Kaunseling.Penerbitan Excellent
Mind Resources,Kelantan
2. Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan (2016), Perangkaan Pendidikan
Malaysia 2016 . Penerbitan Kementerian Pendidikan
Malaysia
3. Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim dan Halimatun
Halaliah Mokhtar.2005, Kaunseling Individu Apa Dan Bagaimana. Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd
4. Modul
Kemahiran Kesihatan Mental (Remaja). Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia (2011)
5. Modul
Pengurusan Stres : Aplikasi Dan Teknik, Bahagian Sumber Manusia,
Kementerian Pelajaran Malaysia (2007)
Alhamdulillah done my article
salam Ramadhan ke 7
Alor Pongsu, Bagan Serai, Perak.