15 July 2017

KSIB : Perkongsian Amalan Terbaik Kaunseling

Hari ini menerima byk undangan open house tetapi oleh kerana saya telah berjanji dgn kakak saya selaku AJK KSIB SMK Seksyen 9 Shah Alam maka dgn gigihnya kenalah drive Kajang - Kelab Shah Alam yg hampir sejam lebih on the road. Semata mata untuk berkongsi pengalaman dan amalan perkhidmatan kaunseling meningkatkan kehadiran murid ke sekolah yg telah saya menangi pd tahun 2015 selaku Amalan Kaunseling Terbaik WPKL dan seterusnya modul menangani keciciran murid yg saya menangi untuk kategori modul  dgn anugerah perak di pertandingan inovasi psikologi kaunseling.

Walaupun berbeza latarbelakang sekolah saya dgn sekolah SMK Seksyen 9 Shah Alam dari segi status sosioekonominya, saya berkongsi mengenai amalan yg boleh dilakukan untuk meningkatkan impak yg tinggi seperti peningkatan peratus murid kehadiran penuh, peningkatan peratus kehadiran murid sewaktu bulan pengajaran dan pembelajaran. Mmg benar peratus tahunan tidak mencapai 90 peratus krn bulan perayaan dan bulan Nov mmg menjejaskan peratus di sekolah men harian biasa, tetapi yg penting peratus kehadiran murid yg tinggi di bulan lain. Surat amaran ketidakhadiran juga semakin berkurangan tahun demi tahun.

Semoga perkongsian ini memberikan input yg berguna. Kali pertama saya bersetuju menerima undangan dari sekolah luar WPKL itupun krn saya sudah bersetuju dgn paksaan kakak saya yg tidak jemu jemu memujuk saya untuk berkongsi amalan terbaik.

Hmmm..bukannya pemilih tetapi saya mempunyai kelemahan iaitu untuk travel luar dari zon saya iaitu Zon Pudu. Rumah saya ke sekolah pun dah makan masa 45 hingga sejam on weekdays. Oleh krn itulah saya menolak dgn baik jemputan dari sekolah di luar Zon Pudu. Driving long distance mmg bukan terapi yg baik untuk saya memulakan ceramah atau perkongsian ilmiah. Maka dgn wujudnya blog ini, segala pertanyaan akan sy link dgn blog saya atau beremail.

A day with my sis
Lunch- spa- hi tea
Thank you for lovely treat





 

Telegram Channel