25 July 2017

Pertandingan Penjelajahan Kerjaya JPWPKL



Karnival Kaunseling Kerjaya Peringkat JPWPKL diadakan 2 hari iaitu hari ini dan esok di Kolej Ting 6, Desa Mahkota, KL. 

Memandangkan sekolah telah berjaya melayakkan diri dalam 3 pertandingan iaitu pertandingan penjelajahan kerjaya, pertandingan video kreatif dan pertandingan explore race ke peringkat negeri JPWPKL maka dua hari ni berkampunglah saya di sini dgn peserta. Hari ini sy membawa peserta penjajahan kerjaya veterinar untuk bertanding. Saya share pembentangan tersebut di link youtube untuk panduan peserta pertandingan yg akan datang dan link multimedia untuk tayangan. Terdapat 8 buah sekolah yg bertanding mewakili zon masing masing. Zon Pudu dari sekolah SMK Cheras dan SM Aminuddin Baki. 

Hari ni juga meriah dgn pertandingan murid sekolah rendah dan pameran kerjaya. Tak sempat nak tinjau pertandingan lain krn bersama peserta penjelajahan kerjaya. 

Oh ye terima kasih kpd SAB yg sudi meminjamkan laptop mereka kpd kami. Dah berpeluh peluh stress student saya bila laptop tak dpt compatible dgn LCD. 

Sila klik dua link di bawah untuk meninjau hasil kerja mereka.

Video pembentangan Kerjaya Veterinar

Multimedia penjelajahan kerjaya veterinar

# top3 congrats team 😀































 

Telegram Channel