29 August 2017

Percutian Desa: Taman Alam - Hotel The Kabin.

Memikirkan cuti yg panjang kali ini banyak agenda ke hulu hilir dan hanya 3 hari sahaja untuk percutian keluarga memandangkan tahun ini rumah saya sbg port Sambutan Hari Kemerdekaan Dan Hari Raya Aidiladha. Maka kami tidak bercadang untuk balik kampung memandangkan family di kampung yg dtg beraya di KL. 
Makanya saya plan satu suasana percutian desa untuk anak anak disamping mengekalkan wajib ada swimming pool. Google punya google The Kabin, Jeram Kuala Selangor ini is the best place untuk suit ciri ciri yang saya inginkan. 

Bermula dgn itenary 2 hari 1 malam
kami ke Taman Alam Kuala Selangor yg disambut oleh banyaknya monyet di sini. Berjalan sambil menepuk nepuk nyamuk dan mengambil gambar di celah ranting pokok, celah akar. Di dalam perjalanan ada sahaja penyelidik warga asing yg sedang membuat kajian dan membelek flora dan fauna di sini. Sunyi sepi walaupun ada je pungunjung di sini. Masing masing melayan keindahan alam. Membaca nama nama flora yg tertulis di sini memang mengasyikkan.





















Jom makan di gerai tepi jalan yg di kiri kanan ada kelapa sawit dan of course monyet. Ada cendol bakar, cendol pulut, cendol durian dan mcm mcm perisa cendol.






Check in The Kabin pukul 3.00 petang dgn pemandangan luar nampak kecil sahaja tapi di dalamnya mmg agak besar. 
Pool acara wajib. Memandangkan anak anak mmg pandai berenang so ibu boleh membuat acara syok sendiri hihihi. :)































Malam kami membuat booking untuk melihat Kelip Kelip tapi mmg belum rezeki apabila sampai sahaja ke jeti..hujan pun turun dgn angin kuat. Pujuk hati dan anak anak nanti kita tunggu hujan reda sambil melayan makanan seafood di tepi sungai. Dah pukul 10 malam waaaa kena beralahla mmg tak boleh nak pergi.







Esoknya acara.berbasikal di persisiran pantai Remis. Sewa basikal RM 8 untuk sejam dan melihat aktiviti memancing, dan ke pasar nelayan yg dipenuhi sampan. Tapi ikan fresh belum ada lagi buat masa ni dan tidak terlalu sibuk. Mungkin nak cuti Hari Merdeka dan Raya Aidiladha. 















Selepas check out kami menuju ke Sekincan untuk menikmati mentarang. Pakcik Google memberikan address Faridah Mentarang Bakar yg terkenal hanya di tepi jalan sahaja. Ada menu mentarang bakarla, masak lemak cili api la, siput lala, dan mcm mcm siput ada.







First time Cream O left alone
We miss you.









 

Telegram Channel