28 August 2017

Task Force Dan Isu Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

Perjumpaan antara penolong pengarah kanan bimbingan dan kaunseling Tuan Rofii dgn guru guru DG48 yg dikenalpasti untuk dilantik sbg ahli task force perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di KL telah dijalankan pada 23 Ogos 2017 di JPWPKL. Saya turut dilantik selaku ahli jawatankuasa task force untuk  menghadiri majlis mesyuarat kali pertama ini. Namun demikian saya tidak dpt menghadirinya krn terlibat dgn perjumpaan terakhir kumpulan KIK yg saya di Puchong. 

 Kriteria pemilihan adalah spt berikut:
GBKSM sepenuh masa
Pengalaman GBK sepenuh masa
Kemahiran GBK sepenuh masa
GBK sepenuh masa lantikan time based DG 48
GBK lantikan guru cemerlang DG48

Matlamat penubuhan dgn halatuju untuk perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yg berkesan dan dihargai oleh warga sekolah.

-Mengupayakan perkhidmatan bimbingan kaunseling di sekolah menemgah

- Perkhidmatan Bimbingan kaunseling sekolah perlu diberikan sokongan dan bimbingan yg berterusan dari GBK yg lebih berkemahiran dan berpengalaman dalam  memberi sokongan.

- Membina idea dan berkongsi idea untuk menyegarkan perkhidmatan bimbingan kaunseling agar memberikan manfaat kpd murid murid

- Mengekalkan kompeten GBK di sekolah

Maka jawatankuasa task force membantu dan membimbing untuk isu isu perkhidmatan bimbingan kaunseling yg berikut:

Isu isu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yg perlu diberikan perhatian:
1) Amalan Guru Penyayang: Sambutan Murid, Mentor mantee, Penghargaan Murid
2) Buku Rekod Perkhidmatan Dan Laporan Sesi Kaunseling: penulisan tidak seragam, tidak dikemaskini, analisa mingguan dan bulanan yg tidak dilakukan
3) Sesi kaunseling: Individu Dan Kelompok
4) Pelaksanaan Psikometrik: Pelaksanaan inventori, pematuhan SOP, cetakan dan intervensi
5)Bilik Kaunseling tidak kondusif dan gagal mengikuti cadangan bilik kaunseling seperti dalam buku panduan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
6)Kajian Tindakan: Tiada kajian tindakan, tiada amalan terbaik dan masih ada yg tidak membentangkan perkhidmatan bimbingan kaunseling kpd pihak pengurusan
7)Pendekatan Kaunseling: Perkembagan , Pencegahan, pemulihan dan Krisis
8) Pelaksanaan Dan Pematuhan Dasar Perkhidmatan Bimbingan Kaunseling: Masih ada yg tidak tahu, tidak mengikut arahan, menjalankan perkhidmatan di luar bidang kaunseling hingga menjejaskan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
9) personaliti: penampilan yg kurang berkeyakinan, komunikasi tidak berkesan dan tidak kompeten
10) instrumen pemantauan perkhidmatan kaunseling



#Taman Alam Selangor
Percutian masuk hutan ;)
Let's explore ..come on kids.








 

Telegram Channel