25 September 2017

Bengkel Kerja Kajian Semula Program REKRUT dan RnR






Ada dua perkara penting hari ini iaitu cabutan undi KIK di Puterajaya dan bengkel kerja JU Untuk program kehadiran murid di Morib. Tetapi jika ke Morib saya perlu balik awal hari Selasa untuk bersama dgn guru kaunseling Pudu esok ke Mesyuarat Agong Guru Kaunseling Pudu.
Berat juga nak buat keputusan, akhirnya saya menghubungi pegawai BPSK untuk mewakili saya mencabut undi bagi pasukan saya yang layak ke Konvensyen KIK. Dan inilah dia aktiviti saya hari ini drive sejam lebih ke Morib. Dah lama tak drive long distance free and easy sorang sorang ni.. terapi yg baik untuk saya. Huhuhu.
Walaupun baru lepas bercuti 3 hari sempena Awal Muharram tetapi saya mengerjakan dokumentasi Amalan Terbaik Disiplin hingga stress badan memandang komputer dalam jangka masa yg lama lebih 8 jam hingga lewat malam. So perancangan saya ke sini rupanya Allah nak bagi saya take a break kejap. Dgn roomate saya yg tidak dapat hadir kursus ini maka bilik twin sharing jadi single menyebabkan saya boleh berehat utk mendapat tidur yg cukup semula.


Bengkel hari ini memang berat untuk saya tolak kerana model untuk kertas kerja Program REKRUT dan RnR ini yg inisiatif modul  program PPD ini ialah dari modul Zoom In Meningkatkan Kehadiran Murid dan Modul SPOT saya. Cuma PPD menukar nama program kerana peringkat PPD sudah ada sektor lain iaitu akademik yg menggunakan tajuk Zoom In ini. Maka diangkat program ini menjadi tajuk REKRUT iaitu Rekod Kehadiran Untuk Tindakan. Namun tindakan ini telah pun diminta izin oleh pegawai PPD dan tiada masalah bagi saya kerana bahan saya pun memang boleh diakses percuma dari blog saya. Cuma PPD menjadikan projek Zoom In saya sbg role model program untuk diikuti oleh sekolah sekolah Zon Pudu dan Zon Bangsar.
Tugas pertama hari ini memeriksa semua kertas kerja yg diusahakan oleh sekolah sekolah berkaitan dgn program REKRUT dan RnR ini untuk mencari kertas kerja yg sesuai untuk perancangan program kehadiran di sekolah. Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu 2 kumpulan  yg akan memeriksa kertas kerja REKRUT iaitu satu dari sekolah menengah dan satu sekolah rendah, dan 2 kumpulan  yg memeriksa kertas kerja program RnR iaitu satu untuk sekolah menengah dan satu lagi sekolah rendah.  Nampaknya hampir sama intervensi sekolah dengan contoh yg diberi oleh PPD. Ada byk kertas kerja yg tak lengkap dgn kewangan dan kaedah perlaksanaan yg jelas.
Maka PPD dalam perancangan untuk menjemput sekolah membentangkan program masing masing untuk memastikan kesahihan kertas kerja dgn program yg diambil. Manakala esok pula pembinaan instrumen pengesanan murid ponteng untuk membantu sekolah mengesan murid ponteng.

#No 7 hopefully ada luck :)
























 

Telegram Channel