17 December 2017

Top 6 Amalan Kaunseling Terbaik Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2017



Jika semalam saya share top 6 amalan terbaik kaunseling sekolah menengah, hari ini saya update amalan terbaik kaunseling sekolah rendah. Seperti yang saya nyatakan semalam , format baru pertandingan tahun ini yang serentak semua bertanding dan membuka booth menyebabkan saya tidak sempat melawat semua lebih kurang 58 booth dalam masa sehari sedangkan booth sendiri pun nak kena jaga dahla tahun ini saya menyertai pertandingan amalan disiplin terbaik. Maka ini sahaja gambar yang ada pada saya dan maaf kepada sekolah pemenang ke empat hingga enam saya tidak ada sinopsisnya kerana tahun ini tiada buku program disediakan yang mempunyai ringkasan tajuk program untuk sekolah yang bertanding, maka ada gambar yang saya dapat ambil tanpa mengambil info amalan dan ada yang saya tidak sempat singgah langsung. Jadi saya mengalu -alukan jika ada gambar dan sinopisis yang boleh di share untuk dikongsi.



Johan
SK Kampong Pasir, Merbok, Kedah
Anugerah Pameran: Emas
Anugerah Dokumentasi: Emas

Amalan Terbaik: PROSIX 6A

6 strategi digunakan
Strategi 1 : My Vision My Dream
- Penjenamaan Kumpulan Mengikut Universiti
- Ujian Minat Rothwell - Miller
- Kad Kerjaya
- Dam Kerjaya
- Kem Semarak Impian
- Aku Janji Penetapan Target

Strategi 2: 1 Bulan 1 Konstruk Kerjaya:
- Sebaran Maklumat Kerjaya
- Kaunselor Cilik
- Model Kerjaya
- Melukis Dan Mewarna Kerjaya

Strategi 3: Sekolah Impian ku
Strategi 4: Hostel Life: Pengalaman murid dalam suasana asrama di sekolah menengah untuk mendedahkan kepada murid kehidupan berasrama penuh di sekolah menengah

Strategi 5: Eksplorace Kerjaya mengenai lawatan kerjaya dan kajian lapangan

Strategi 6 : Kemana Halatuju Murid Selepas UPSR
- Ceramah Kerjaya
- Sebaran Kerjaya







Naib Johan
SK Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor
Anugerah Emas Pameran
Anugerah Gangsa Dokumentasi

Amalan Terbaik : Program Kotak Jujur

Sekolah gred A dengan bilangan murid yang ramai dan masalah hampir setiap hari ada sahaja kes kehilangan barang. Maka inovasi kotak jujur diwujudkan iaitu Amalan menarik mengenai mendidik murid bersikap jujur dengan memulangkan barang -barang yang mereka jumpa ke dalam kotak jujur. Warga sekolah yang kehilangan barang boleh mengenal pasti barang - barang mereka yang hilang pada kotak jujur tersebut





Ketiga
SJK Tamil Jalan Fletcher, KL
Anugerah Emas Pameran
Anugerah Emas Dokumentasi

Amalan Terbaik: From Zeroes To Heroes: Peningkatan Kehadiran Murid Ke Sekolah
Projek meningkatkan kehadiran murid ke sekolah melalui projek pertanian dan perikanan di mana murid diberikan tanggungjawab menjaga tanaman atau ikan mereka. Hasil ini boleh dijual dan murid akan hadir ke sekolah setiap hari bagi memastikan tanaman atau ikan mereka di berikan makanan sama ada waktu rehat atau waktu balik . Ia satu bentuk tanggungjawab terhadap benda hidup yang lain yang menarik murid untuk memberikan komitmen.



Keempat
SK Seri Iskandar, Bota, Perak
Anugerah Perak Pameran
Anugerah Emas Dokumentasi

Amalan Terbaik: Vsion Board Journey To Success





Kelima
SK Bandar Putra, Kulai, Johor
Anugerah Emas Pameran
Anugerah Emas Dokumentasi

Amalan Terbaik: Amalan Teman Pengganti Dalam Membentuk Tingkah Laku Positif Murid


Keenam
SK Putrajaya Presint 8(2)
Anugerah Perak Pameran
Anugerah Perak Dokumentasi

Amalan Terbaik: Ideal Sinergi Kecemerlangan Diri Dan Pembentukan Sahsiah Unggul


Coffee price..telethon youtube hihi

 

Telegram Channel