11 January 2018

Kertas Kerja Seminar Profesionalisme Guru Bimbingan Dan Kaunseling WPKL 2018




Bengkel Profesionalisme KLCA atau dikenali sebagai Persatuan Kaunseling Pendidikan Kuala Lumpur. Nama asalnya Persatuan Kaunseling Pelajaran Kuala Lumpur maka urusan cek dan letterhead pun begitu maklumlah sewaktu ditubuhkan dahulu Pendidikan dikenali dgn Pelajaran sebelum ditukar ke Pendidikan semula. Program 2 hari di D'fini Cottage Sungai Buloh yg sejukkkkk dan nyaman serta menenangkan sekali. Terbaik...tempat kursus ni dan mkn mkn mkn.
Saya memperkenalkan team saya AJK Biro Profesionalisme KLCA yg akan mengendalikan seminar dan bengkel profesionalisme yg diketuai oleh Pn Lee Nyit Har, Cik Chai, Kak Rashidah dan saya sendiri selaku penyelaras program :)
Saya kongsikan kertas kerja seminar Profesionalisme Guru Kaunseling yg saya akan adakan pada bulan Mac nanti. 


SEMINAR PENINGKATAN PROFESIONALISME
 GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR



1.0     PENDAHULUAN
          2018 merupakan gelombang kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu memacu sistem pendidikan bagi mencapai objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. Antara objektif PPPM ialah memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia. Oleh itu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling perlu ditadbirurus sebagai satu sistem sokongan untuk perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran di sekolah mencapai PPPM tersebut pada tahun 2025. Dengan anjakan keenam transformasi pendidikan menerangkan mengenai keupayaan Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. Makan dengan anjakan inilah, maka program Seminar Peningkatan Profesionalisme  Guru Bimbingan dan Kaunseling  2018 dijalankan bagi memperkasakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah – sekolah daerah Pudu. Seminar ini merupakan satu program murni Persatuan Perkhidmatan Kaunseling Pelajaran Kuala Lumpur ( KLCA ), Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Kuala Lumpur (MGKKL) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk meningkatkan kompetensi guru Bimbingan dan Kaunseling dalam perkhidmatan menolong di sekolah.

2.0     RASIONAL
                   
          Seminar ini dilihat sebagai satu inisiatif dalam program perkembangan profesional berterusan para kaunselor sama ada sebagai guru kaunseling atau pegawai kaunselor di peringkat PPD mahu pun di JPN. Matlamat seminar untuk membitarakan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling merupakan langkah yang sangat penting dan memerlukan komitmen Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam meningkatkan teknik kaunseling dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dan menimba ilmu dalam menghasilkan program berimpak tinggi melalui kemahiran berfikir inovatif dan kreatif.
         
3.0     MATLAMAT
          Seminar Peningkatan Profesionalisme Ke Arah Transformasi Guru Bimbingan Dan Kaunseling 2018 ini bermatlamat untuk mencapai objektif yang telah dirancang dalam melahirkan Guru Bimbingan Dan Kaunseling yang kompeten dan mampu  meneruskan kecemerlangan ke peringkat yang tinggi.

4.0     OBJEKTIF
  1. Meningkatkan kompetensi peserta dalam bidang kemahiran Bimbingan dan Kaunseling dan kemahiran sesi kaunseling.
  2. Memberi pendedahan dan penyaluran ilmu kepada peserta mengenai aplikasi kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis untuk menangani cabaran permasalahan disiplin sekolah dan masyarakat masa kini.
  3. Meningkatkan penghasilan program berimpak tinggi yang dapat memotivasikan diri murid , meningkatkan daya juang , daya tahan dan daya saing dalam diri murid.
  4. Memberi ruang dan peluang kepada peserta seminar untuk berinteraksi dan berkomunikasi serta bertukar pendapat dan pengalaman dalam mencapai kecemerlangan.

5.0          TARIKH
               12 dan 13 Mac 2018

6.0          TEMPAT
Dewan Azman Hashim, Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur

7.0          ANJURAN
Persatuan Kaunseling  Kuala Lumpur ( KLCA )
Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Kuala Lumpur (MGKKL)
               Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

8.0          SASARAN
400 Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah  Menengah dan
Sekolah Rendah  Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

     9.0          ATUR CARA MAJLIS

          
           Hari Pertama                  : 12 Mac 2018


7.30 – 8.00 pg                    Pendaftaran Peserta Seminar
                                           ( Sarapan pagi diedarkan semasa mendaftar )

8.00 –  8.30 pg                  Kata alu-aluan Pengerusi Majlis
Taklimat Program
Bacaan Doa

          8.30 – 9.30 pg                   Sistem Hala Tuju Murid Ke IPT Selepas SPM oleh                                                   Uni Enrol Sdn. Bhd

          9.30 – 9.45 pagi                Rehat
                                       
9.45 – 11.15 pagi              Ceramah Seksualiti Remaja Oleh Puan Amalina                                                   Zulkefly selaku Pegawai Psikologi, Hospital Sungai                                                   Buloh, Selangor.


11.00 – 1.00 tgh                Mesyuarat Agung MGKKL

1.00 -  2.00 ptg                 Makan tengahari dan Solat

2.00 -  3.30 ptg                Teori REBT: Aplikasi Dalam Sesi Kaunseling Di                                                   Sekolah oleh En Mohd Yusoff B Ahmad

3.30 petang                      Bersurai
                             
   

     Hari Kedua 13 Mac 2018

7.30 – 8.15 pg                   Pendaftaran Peserta Seminar
                                        ( Sarapan pagi diedarkan semasa mendaftar )

8.15 – 9.30 pagi                Pengurusan Perkhidmatan Kaunseling Dan Peranan                                                Kaunselor Dalam PIMA oleh Pn See Hong Eng Dan                                               Pn Suriani Bt Mahmad dari SMK Bukit Rahman Putra,                                                Selangor.

9.30 – 9.45 pagi                Rehat

9.45 – 11.15 pagi              Perancangan Strategik Perkhidmatan Kaunseling &
                                        Borang Keberhasilan Guru Kaunseling oleh Pn Nor                                             Salehan Bt Harun Nazir Kanan, JNJK WPKL

11.15 – 1.00 ptg                Majlis Perasmian Seminar Profesionalisme Guru                                                   Bimbingan Dan Kaunseling WPKL 2018 oleh                                                       Pengarah JPWPKL : Puan Rusni Bt Ab Jalil, KMW

1.00 – 2.00 ptg                  Makan Tengah hari/  Solat Zohor
                                          
2.00 – 3.30 ptg                  Mesyuarat Agong KLCA

3.30 ptg                            Bersurai


          10.0    JAWATANKUASA INDUK

          Penasihat               : Puan Rusni Bt Abdul Jalil, KMW
                                          Pengarah Pendidikan, JPWPKL

          Pengerusi               : Cik Rosnah Bt Abdullah

          Timbalan Pengerusi : En Azhar Bin Hj Mohd Razali
         
          Timbalan Pengerusi 2: En Rofii Bin Husein
         
          Naib Pengerusi        : En Ahmad Subhi Marzuki Bin Che Abd Razab
                                       
          Setiausaha              : Pn Noorlia Bt Arshad

          Bendahari               : Pn Ang Yoke Yan
          Penyelaras 1           : Pn Nurhaiza Bt Che Mat

          Penyelaras 2           : En Che Mohamad Padali Bin Che Mat           
         
                                       
         
                   
          JAWATANKUASA PENGELOLA

          Pengerusi               : Cik Rosnah Bt Abdullah

          Timbalan Pengerusi : En Azhar Bin Hj Mohd Razali
         
           Timbalan Pengerusi 2: En Rofii Bin Husein

          Naib Pengerusi        : En Ahmad Subhi Marzuki Bin Che Abd Razab
                                       
          Setiausaha              : Pn Noorlia Bt Arshad
         
Naib Setiausaha      :         Pn. Azidah Bt Amran
         
Bendahari               :         Pn. Ang Yoke Yan
         
Penyelaras    1        :         Pn Nurhaiza Bt Che Mat

Penyelaras   2         :         En Che Mohamad Padali Bin Che Mat
         

          AHLI JAWATANKUASA KERJA DAN BIDANG TUGAS

J/KUASA
NAMA
BIDANG TUGAS


Urusetia
Pn Azidah Bt Imran
Pn Noorlia Bt Arshad


Draf surat menyurat iaitu:
Surat pelantikan AJK
Surat jemputan perasmi melalui JPWP
Surat jemputan penceramah melalui JPWP
Surat panggilan menghadiri kursus.
Menyelaras semua urusan perjalanan program dll.


Sambutan dan Teks Ucapan
En Rohaidatul Akhmal Bin Rosedi
Pn Nor Ayu Bt Adni
Puan Hanita Bt Ahmad Basri
En Mohd Harith B Mohd Rahim@Mohd Noor


Menyambut kedatangan pengarah bersama pegawai pegawai JPN dan PPD

Menyediakan teks ucapan pengarah dan pengerusi


Aturcara Pentadbiran,

Majlis perasmian

Pn. Manjula A/P Thiruvengadam
Pn Katinah Bt Mat Dom
Tn. Hj Radzaki Bin Salleh




Memantau perjalanan majlis perasmian secara keseluruhan agar aktiviti yang dirancang berjalan lancar.

Memberi arahan yang jelas kepada AJK Kerja yang berkenaan jika berlaku masalah yang akan menjejaskan kelancaran majlis.

Menyediakan aturcara majlis pembukaan/penutup


Pendaftaran
dan  Fail
Sijil dan Cenderamata

Pn Norhuda Abdul Aziz
Pn Nabira Bt Mohd Shah
Pn Rosmaria Bt Mat Daud
Cik Nur Fatin Athira Bt Zaini
Pn Liew Siew Fong


Menyediakan borang pendaftaran kehadiran peserta.
Menyediakan fail peserta.
Mengambil kedatangan peserta program sesi pagi dan petang.
Mendapatkan sijil daripada Unit HEM dan kenali maklumat yang perlu tertera di sijil dan hantar semula untuk ditandatangani oleh Pengarah.
Menyediakan cenderamata untuk VIP dan penceramah.
Menyediakan peralatan/dulang/alas meja dll yang diperlukan untuk majlis penyampaian cenderamata.
Koordinasi dengan AJK ceramah.



Ceramah
Pn Lee Nyit Har
Cik Rashidah Bt Ibrahim
Pn Nurhaiza Bt Che Mat
Mengenalpasti penceramah dan menghubungi serta disusuli oleh surat.
Melantik pengerusi dan pencatat setiap ceramah.
Memastikan penceramah hadir pada masa dan masa yang telah ditetapkan.
Koordinasi dengan AJK cenderamata dan jamuan.



Buku program

En Ahmad Subhi Marzuki B Che Ab Razab
En Che Mohamad Padali B Che Mat




Menyediakan Buku Program.
Mendapatkan tajaan untuk Buku Program.
Mendapatkan sebutharga Buku Program.
Mencetak Buku Program




Jamuan/
makan

Pn Nor Syazleen Bt Zulkipli
Pn Madiha Sarah Aisyah Bt Mansor
Pn Siti Salwa Bt Hj Hashim
Pn Tay Siok Ean
Pn Kamatchi A/P Yeerapathran

Menentukan tempat dan menu berdasarkan bajet.
Menguruskan makan dan minum AJK.
Menguruskan makan dan minum penceramah dan VIP.
Menguruskan makan dan minum peserta.
Membuat anggaran perbelanjaan.


Keselamatan, Kebajikan dan Kebersihan
En Che Zanusi Bin Che Ab Hadi
En Mohd Lotfi B Yaakob
Pn Latifah Hashim
Pn Norhayati Bt. Mohamad

Memastikan peserta kursus mendaftar dengan selesa.
Menghubungi tuan rumah dan berbincang tentang kawasan letak kereta peserta.
Menyelaraskan kebersihan kawasan tuan rumah sepanjang kursus.


Persiapan Tempat, backdrop, Peralatan, teknikal
dan siaraya,
Tayangan Multimedia
En Zamzami Bin Ismail
En Wan Mohd Amin Bin Wan Hassan
En Mohd Hasnizam B Udin
En Sufian B Ahmad
En Faizal Bin Mohamed


Menyediakan backdrop, pentas dan dewan.
Menyelaras penyusunan dalam dewan.
Menyediakan tayangan multimedia
Menyediakan semua peralatan mengikut keperluan semasa.
Menyedia dan memastikan PA sistem berfungsi dengan baik.

Tajaan


Pn Kang Kooi Li
Pn Tan Su Im
Cik Chai Chian Rou

Mendapatkan sumbangan tajaan doorgift



Pelaporan,
dokumentasi,
Penilaian dan fotografi
En Abd Hamid Bin Selamat
Pn Fazilah Bt Hashim
Pn Rashidah Bt. Ramlan
Pn Wan Normala Bt Wan Ali


Membuat liputan sepanjang program.
Mengambil gambar dan membuat laporan untuk dokumentasi.
Mengambil gambar video.
Menyedia dan membuat analisa borang penilaian
.


Juruacara majlis
Pn Norshamshena Daud
En. Mohd Azni b. Abu Hassan
Mengacarakan majlis.
Menyediakan teks pengacara majlis.
Mengenalpasti penceramah.



Pembaca doa

En Mohd Asri B Che Mat


Membaca doa sebelum majlis bermula/perasmian pembukaan/penutup.

Persiapan Mesyuarat Agong MGKKL
Pn. Nurul Nadiah Bt Maruziki
Pn. Noor Hafiza Bt Abdul Hamid
Pn Shamini Devi a/p Karuppiah

Menyediakan Laporan Mesyuarat Agung MGKKL
Membentangkan laporan sewaktu Mesyuarat Agung MGKKL
Persiapan Mesyuarat Agong KLCA
Pn. Noorlia Bt Arshad
Pn. Azidah Bt Imran
Pn. Ang Yoke Yan
Pn Yip Foong Kheng

Menyediakan Laporan Mesyuarat Agung KLCA
Membentangkan laporan sewaktu Mesyuarat Agung KLCA



11.0    ANGGARAN PERBELANJAAN

Makanan peserta    RM  15.00  x  400 peserta x 2 hari        RM  12,000.00       

Sagu hati                RM  500.00   x        2 orang                   RM     1,000.00
                              RM  150.00   x        6 orang                   RM       750.00
                              RM   200.00  x        1 orang                   RM       200.00
                              RM  150 x 5 orang                                RM       750.00  RM 2,100

Cenderamata Perasmi                                                         RM      100.00              

Cetakan Buku Penyata                                                        RM      1,000.00

Cetakan Buku Program                                                       RM      1,000.00

Sijil                         RM   1.00     x        500                          RM     500.00


Bunting                                                                               RM     300.00

Dokumentasi                                                                       RM     200.00

Dewan Besar                                                                      RM  3,300.00         

Doorgift                 RM 5.00        x        400 orang               RM  2,000.00                   


JUMLAH BESAR                                                               RM  22,500.00                                     


SUMBER PENDAPATAN

Yuran Penyertaan
Ahli seumur hidup                        100 x RM 40.00                RM     4000.00
Peserta                                       300 x RM 60.00                RM   18000.00
Sumbangan MGKKL                                                            RM      500 .00

JUMLAH  BESAR                                                               RM 22, 500.00







Disediakan oleh,                         





( Nurhaiza Bt Che Mat )                      
          


D'fini Cottage, Sungai Buloh
Menyamankan dan mendamaikan



Team Publisitu


Team Kebajikan

Team Ekonomi


Sesi Pembentangan Kertas Kerja Seminar Dan Agihan Tugas
oleh saya selaku penyelaras projek


Barisan ahli GBK yang merupakan AJK KLCA Seumur Hidup yang dilantik
mengelolakan seminar profesionalisme GBK Mac 2018







3 comments

di mana saya boleh dapatkan maklumat-maklumat program/workshop khas untuk kaunselor sekolah ? ada ke group whatsapp untuk kaunselor sekolah seluruh malaysia/negeri?

Salam
Kami mmg ada group whatsapp peringkat PPD, JPN dan Kebangsaan yg ahli guru kaunseling shj yg boleh menjadi ahli. Jika anda ingin mengetahui kursus boleh tengok facebook lembaga kaunselor malaysia atau facebook PEKA persatuan kaunselor pendidikan

Hello there, just became aware of your blog through Google, and
found that it is truly informative. I am going to watch out for
brussels. I'll be grateful if you continue this in future.
Numerous people will be benefited from your writing.

Cheers!

 

Telegram Channel