3 February 2018

LADAP Guru: Treasure Hunt Di FRIM






Sabtu yg panas dan terik.
2 bas bertolak dari SMK Cheras ke FRIM untuk LADAP Guru dgn tema team building. Bertolak pukul 8.00 pagi dari sekolah dan tiba ke FRIM pukul 8.45 pagi. 



Kami dibahagikan kpd kumpulan dan kumpulan kami dikenali dgn kumpulan unta. Unta..unta..unta..yeah...sorakan kami.
Check point pertama ketua kumpulan ditutup mata dan kami ahli kumpulan diikat tangan dan berjalan bersama. Kami perlu bergerak ke besen dan mencelupkan span dalam air tersebut. Kemudian ahli kumpulan akan bergerak ke tempat awal tadi untuk  perlu memenuhkan botol air kosong  dgn memerahkan span yg berisi air untuk memenuhkan botol tersebut.
Checkpoint ini saya ketawa all out sampai nak nangis sbb keletah ahli group masing masing yg terlerai talinya, yg terpegang org lain, yg berpusing pusing  cari barang.





Check point kedua kena cari daun berkaitan dgn clue. Agak agak daun tu terus kami kutip.
Then check point seterusnya kami perlu menyusun blok kayu dan perlu matching susunan blok kayu itu dalam acuannya. Maka tangan kami bergerak kesana sini memerah idea. Siap je rushing ke checkpoint seterusnya iaitu selfie di waterfall. Dgn confidentnya, redah sungai sampai basah seluar..dan berselut lalu lumpur tetiba aikk knp peta tak tunjuk sini? Adohai...patah balik lalu selut dan air sungai semula untuk menyusuri denai track yang betul. Huhuhu dah penat tapi teduh maka stamina boleh tahan lagi.




Setelah itu kami menyusuri denai, untuk ke checkpoint selfie bersama ahli kumpulan berlatar belakangkan air terjun. Takleh nak melihat suasana kehijauan dan ketenangan air terjun sebab nak rushing ke checkpoint lain.  Checkpoint yg memerlukan kreativiti untuk mendirikan 10 paku pada paku besar di bongkah kayu yg disediakan tanpa menggunakan bhn peralatan. Terima kasih Cikgu Marodzi dgn ideanya kami berjaya.








Then berlari lari ke checkpoint 7 dgn melalui kedai buku FRIM. Kami perlu mengambil gambar kedai buku dan seterusnya ke checkpoint terakhir iaitu melastik tin. Setiap kumpulan diberi 10 batu lastik, dan perlu melastik hingga jatuh semua tin. Yeah..terima kasih Cikgu Aziz kami berjaya 7 tin yg jatuh.
Panas dan dah penat kaki terasa selepas tamat. Baru je 4 hari lepas mengurut kaki dgn tukang urut  di Rumah Hutan, Batang Kali, Selangor...dah sakit balik. Adohai...tetapi seronok kerana dapat menjalinkan silaturrahim dan bonding bersama rakan setugas dgn gembira. Alhamdulillah semoga ukhwah terbina dijalin erat.

Lunch dgn KFC secara bersantai memang best. Akhir sekali majlis penutup. Tahniah kpd yg menang. Kami tak menang tapi kami happy .


Calebrate with cendol and
Pisang goreng cheese
Alhamdulillah Fiqah sihat.

















1 comments

Hi would you mind sharing which blog platform you're working with?

I'm looking to start my own blog in the near future but I'm having a
hard time choosing between BlogEngine/Wordpress/B2evolution and Drupal.
The reason I ask is because your design seems different then most blogs and I'm
looking for something unique. P.S Apologies for being off-topic but I had to ask!

 

Telegram Channel