16 February 2018

Pertandingan Video Kreatif

Dateline hari ini dan semalam seharian di sekolah untuk memasukkan suara untuk pertandingan video ni. Masa semakin singkat dan kami bukanlah ada kepakaran dalam mengedit video. Maka kena minta bantuan PRS untuk proses rakaman dan editing. Kepakaran saya hanya menulis huhuhu. Cara yg selamat ialah memilih tema promosi kesihatan mental di sekolah dan melakonkannya dalam bentuk dokumentari. Memandangkan hari ini dateline sblm pkl 12 tengah hari, sempat lagi mengharung jem Tahun Baru Cina untuk balik ke kampung dgn menghantar video ke KPM, mesej PRS, mesej partner sambil check video di handphone. Alhamdulillah akhirnya sblm pkl 12 video itu telah disahkan penerimaanya. Saya share sinopsis pertandingan video kami.




Sinopsis Pertandingan Video Kreatif

SMK Cheras merupakan sebuah sekolah yang terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK Cheras merupakan unit kebitaraan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di Kuala Lumpur dengan menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan di peringkat kebangsaan. Program Minda Sihat merupakan antara program yang menjadi rujukan KPM kepada Kementerian Kesihatan Malaysia kerana kepelbagaian intervensi yang dijalankan. Dimulakan pada tahun 2012 sebagai sekolah perintis perlaksanaan program Minda Sihat di Malaysia, pelbagai inovasi dan intervensi dijalankan setiap tahun. Intervensi umum dan khusus dijalankan setiap tahun. Antara intervensi umum yang dijalankan ialah outreach menangani masalah stres dengan Pelancaran Lorong Minda Sihat dan Wakaf Minda Sihat. Ia dilancarkan oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Cheras yang merupakan penyelaras Minda Sihat di sekolah iaitu Dr Nazeerah Halil pada tahun 2012 dan diiktiraf sebagai inovasi Unit Bimbingan Dan Kaunseling untuk menerima band 6. Di Lorong Minda Sihat dan Wakaf Minda Sihat ini terdapat pelbagai info mengenai penjagaan kesihatan mental murid. Di tapak perhimpunan, murid diajar untuk menjalankan teknik urutan relaksasi.
Manakala antara intervensi khusus yang dijalankan ialah Bengkel Minda Sihat, terapi akua, terapi hutan, sesi kaunseling individu dan kelompok. Murid yang mempunyai saringan Ujian DASS yang tidak normal akan terpilih menjalani intervensi khusus tersebut. Selain itu, latihan pengurusan stress dilatih kepada murid – murid Pembimbing Rakan Sebaya bagi membantu murid di sekolah menangani stress dengan intervensi umum iaitu urutan relaksasi. Guru kaunseling juga mendapat latihan menanagni murid mengalami histeria dan mengendalikan sendiri murid –murid yang terkena histeria.

Pada tahun 2016 , inovasi UBK ialah penciptaan sistem saringan Ujian DASS dan Ujian Gaya Daya Tindak secara dalam talian untuk semua murid ting 4 yang wajib menjalani saringan tersebut. Inovasi ini dimasukkan dalam sistem e-klien dan memenangi Anugerah Emas Pertandingan Inovasi Sistem Maklumat anjuran Bahagian Psikologi Kaunseling KPM. Ia turut memenangi Johan Amalan Terbaik Kaunseling tahun 2016. Unit Bimbingan Kaunseling menerima lawatan penanda aras dari penyelaras program Minda Sihat peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Dr Norashikin dan pasukannya yang mengendalikan program Minda Sihat. Hasil lawatan KKM berpuas hati dengan perlaksanaan program Minda Sihat  di sekolah.




Al fatihah..
Kembalinya pakcik ke rahmatullah
Yaasin..

 

Telegram Channel