12 April 2018

Vision Board SPM 2018 Bersama Team Cikgu Jinggo




12 April 2018 program fasa dua motivasi dan kemahiran belajar dijalankan di dewan sekolah untuk persiapan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun nanti. Hari ini juga ada program mengenai psikometrik utk guru guru kaunseling di UPM dan oleh sebab tiada lagi tarikh yg boleh diselitkan dgn jadual masa saya dan Cikgu Jinggo yg agak padat maka kena juga kami realisasikan pada hari ini. Manakala Rozi dan Raudzah , saya minta ke UPM dan saya boleh uruskan sendiri program motivasi 2 jam ini.
Vision board ini hanya sekeping tapi sangat powerful krn setiap kotak memerlukan murid untuk menulis visi mereka dan diransang oleh penceramah untuk menulis dgn bersungguh sungguh, membayangkan dan seterusnya merasai perasaan tersebut ketika menulis dan membayangkan visi tersebut.
Murid perlu menghayati isi ceramah ini untuk merasai bagaimana menulis vision board yg sesuai dan menepati untuk diri sendiri. Ini kerana vision board yg ditulis melalui signifikan diri sendiri akan lebih berkesan, praktikal dan bermotivasi untuk diikuti.
Diakhir penutup 2 jam ketika murid perlu, membacakan vision board ini dihadapan kawan baik masing masing dan diminta mendoakannya, maka terdengarlah sedu sedan dan air mata yg mengiringi bacaan tersebut di samping kawan baik mengaminkannya.
Semoga pengisian hari ini memberi makna untuk menghadapi hari mendatang.
Terima kasih Cikgu Jinggo menghadiahkan buku hipnosis kepada saya. Semoga pembacaan itu memudahkan saya memahami dunia psikologi manusia.

My first experience meeting
With video conference 
#MGCWPKL


































 

Telegram Channel