Total Pageviews

31 May 2018

Majlis Persaraan Pn Nor Asyikin Ho Bt Abdullah




Majlis Persaraan Pn Syikin yg dijalankan pagi tadi mengundang byk air mata. Saya mengambil gambar juga mengigil menahan rasa. 28 tahun berkhidmat di sekolah ini dan saya mengenalinya sejak 1992 lagi.
Guru yg cukup sinonim dgn koperasi sekolah. Koperasi ialah syikin dan syikin ialah koperasi. Saya mengenalinya dari koperasi yg luasnya hanya satu per empat kelas menjadi satu kelas besarnya dan menjana kewangan kpd sekolah hingga tersenarai antara top 10 koperasi terbaik di WPKL.

Awal tahun beliau ada menyatakan hasrat kepada saya yg beliau tidak mahu majlis persaraan kerana tidak mahu menyusahkan orang lain. Saya membalas 'sekali sepanjang hayat diraikan'. Beliau tersenyum tawar dan masih menegaskan tidak mahu. 
Lalu saya menyorong pendapat..akak bersara pada bulan Ramadhan waktu majlis berbuka puasa tu..kita sambutlah majlis persaraan akak sekali dgn majlis ilmu, solat dan jamuan. Matanya bersinar sinar dgn cadangan yg diberi dan terus berkata..'yang tu akak setuju. Akak akan belanja semua guru makan masa tu'. Seronok tgk akhirnya dia setuju diraikan. Saya percaya dia sudah meluahkan hasratnya itu kpd Kelab Guru kerana AJK Kelab Guru dapat menterjemahkan impiannya yg sederhana tapi meriah.

Cikgu Prinsip Akaun ini mahir dgn pengiraan dan pandai menjual beli dan deal dgn pembekal untuk mendapatkan harga terbaik. Beliau penggerak utama walaupun dinaikkan pangkat menjadi Ketua Bidang tetapi oleh kerana koperasi sgt sinonim dgnnya maka beliau masih lagi menjadi penasihat utama dalam urusan yg melibatkan koperasi sekolah.
Saya suka berurusan dgn guru ini. Walaupun lelah juga nak follow SOP nya dalam sesuatu perkara tetapi saya belajar bagaimana merancang dan memaksimumkan keberhasilan bagi setiap ringgit yg dibelanjakan. Seorang yg direct. Dia akan bertanya Kenapa? Mengapa? dan jika saya dapat menyakinkannya barulah sesuatu projek yg saya usahakan mendapat perkenan darinya. Jika tidak, beliau akan memberikan cadangan dan bagaimana saya harus berusaha merealisasikan cadangan itu. Haha maklumlah Unit Bimbingan Kaunseling selalu meminta ihsan duit koperasi sekolah untuk menggerakkan projek. Tidak susah untuk memuaskan hatinya asalkan tugas yg diberikan mengikut SOP yg betul dan win win situation bila deal dgn masalah.  Sesuatu perkara yg normal apabila berurusan dgn orang  berpersonaliti struktur tinggi sepertinya.
Seorang guru yg sederhana penampilannya bahkan dia pernah meluahkan kpd saya bahawa dia tidak faham mengapa seseorang membelanjakan duit kpd sesuatu yg mahal harganya seperti membeli baju yg mahal atau tudung yg mahal?

Guru ini tidak suka dgn sikap murid yg suka main main. Antara guru yg akan merujuk anak muridnya kpd saya jika projek murid arahannya tidak siap dan akan menelefon ibu bapa murid tersebut jika murid masih lagi bermain dan tidak menyiapkan kerja projeknya. Ye..mmg sangat tegas guru ini dalam mendidik.
Hari ini..hari terakhir beliau bersara pilihan. Puan pengetua sendiri tumpah air mata sewaktu ucapan walaupun baru 4 thn bersama apatah lagi kami warga Cherasian.
Tentu sekali saya akan merinduinya dan sempat dia berpesan kpd saya pertahankan koperasi sebagai kedai buku sekolah. Koperasi sekolah telah berjaya mendapat tender sbg pembekal kedai buku sekolah dan sejak itu lebih byk kewangan dapat dibantu menggerakkan projek sekolah hampir 10K hingga 15K. Andai kata pengetua sekarang  yg akan bersara pada bulan Oktober nanti, dia berpesan jika ada pengetua baru..pertahankan koperasi sekolah dan tidak jatuh kpd pembekal kedai buku luar. 
Tentu sekali saya merinduinya setiap kali program RIMUP perayaan, kami akan memikirkan menu untuk program dan bagaimana duit yg disumbangkan koperasi boleh dimaksimumkan dgn memberi upah kpd ibu bapa atau org lain masak dgn supply bhn mentah berbanding order sahaja.
Tentu sekali saya merinduinya kerana saya senang untuk mengambil kelas bagi intervensi kaunseling saya dgn mengatur kelas kelas relief untuk memenuhi keperluan unit saya.
Tentu sekali saya akan mengingati perhubungan rakan sekerja ini. Semoga penggantinya juga akan memudahkan urusan kerja saya sebagaimana beliau selalu memudahkan urusan saya.
Terima kasih Cikgu Syikin. Semoga murah rezeki yg berpanjangan dan diberkati dalam menabur bakti dan budi di sekolah ini.

Melzura product
Hope you like it..




30 May 2018

Nafas Baru Bermula Ramadhan: Pencegahan Rokok

Sempena Ramadhan dan pengisian program Nafas Baru Bermula Ramadhan
adalah menghadiri ceramah berkaitan pendidikan pencegahan merokok.
Mengapa dikatakan Nafas Baru Bermula Ramadhan? Ini kerana apabila berpuasa kita kena menahan diri dari merokok dalam jangka masa yg lana. Jika kita mempunyai keazaman yg kuat, maka kita berjaya melakukannya walaupun perokok tegar kerana niat berpuasa. Latihan ini sepatutnya diamalkan walaupun selepas bulan Ramadhan dalam melatih diri menahan diri dari merokok.
Saya membawa barisan PRS ke Anugerah Berhenti Merokok yg diadakan di Klinik Kesihatan Cheras. Murid mendapat input mengenai ceramah bahaya rokok, terapi gentian merokok dan mendengar sendiri pengalaman perokok tegar yg sudah berhenti merokok selepas dirujuk di Klinik Berhenti Merokok. 

Puasa..
Menahan diri dari marah juga...
Bad reputation vs positive image













29 May 2018

Kemaskini Maklumat Kaunselor Berdaftar Jun 2018

Kepada semua ahli Lembaga Kaunselor Berdaftar, sila isikan maklumat terkini keahlian  Lembaga Kaunselor ini dengan merujuk bahagian lampiran di linkhttps://drive.google.com/file/d/0B7-JmIngnyTwVEp1WC1sbTVWMEowQnZwSEFDUzFqa2J5ZVdR/view?usp=sharing
isikan lampiran tersebut dan emailkan pada pegawai yang tertera nama email pada surat tersebut.




Memandangkan Lembaga Kaunselor akan menggunakan Sistem Mata Program Perkembangan Profesional Berterusan Kaunselor Berdaftar PPB atas talian yg dijangka akan digunakan mulai Jun 2018 maka semua ahli perlu mengemaskini maklumat diri. Oleh itu semua kaunselor berdaftar diminta mengemaskini maklumat peribadi sebelum 13 Jun 2018.

Happy public holiday
Hari Wesak..


25 May 2018

Penyelia pelatih praktikal di tempat lapangan praktikal

Hari ini saya fokus dengan 2 CD pelatih kaunseling saya . Fairuz Abd Rashid dari UM.  Saya selalu menerima praktikal kaunseling Master Kaunseling dari UM dan sehingga kini pelatih master UM memang energetic dan suka buat projek. Walaupun menerima guru praktikal part time kerana mereka juga perlu bekerja hakiki dengan sekolah asal mereka, mereka tetap terlibat dgn aktiviti unit kaunseling sekolah praktikal untuk mendapatkan markah praktikal.
Setakat ini, saya menerima part time guru datangnya dari guru bimbingan sekolah rendah maka menjalankan sesi kaunseling kpd murid sekolah menengah adalah satu pembaharuan bagi mereka. Saya mmg salute dgn part time belajar dan bekerja yg mana pengorbanan membahagi masa adalah bukan sedikit.


Kurma telur & Bubur jagung
For my sis Katy

















24 May 2018

Aktiviti Majlis Guru Kaunseling WPKL 2018





Dah masuk hujung Mei barulah saya berkesempatan utk bersama sama AJK Majlis Guru Kaunseling Kuala Lumpur dan mengenali mereka dgn lebih dekat. Hari ini kami update aktiviti yg dijalankan oleh setiap zon samaada sekolah menengah atau sekolah rendah bersama takwimnya sekali untuk pelarasan takwim agar tidak bertindan antara satu sama lain. 

Antara aktiviti Zon yg dijalankan 
- Kursus PRS
- Seminar Profesionalisme GBK Zon
- Hari Keluarga
- Team Building
- Karnival Kaunseling Kerjaya
- Lawatan Penandaaras Zon
- Penarafan Bilik Kaunseling Kondusif
- Majlis Jamuan Hari Raya

Jawatankuasa Induk MGK diketuai oleh 
En Subhi ialah:
- Karnival Kaunseling Kerjaya WPKL
- Simposium PRS Bestari
- Lawatan Kerja Profesionalisme Ke Bandung, Indonesia.
-  Bengkel Kompetensi Guru Kaunseling DG41.
- Bulan Kaunseling JPWPKL
- Bengkel Penghakiman GBK WPKL
- Mewujudkan bilik operasi MGK WPKL
- Tempahan buku rekod GBK WPKL


Hari ini juga pengagihan kerja Karnival Kaunseling Kerjaya WPKL. Zon Pudu saya terlibat dgn pendaftaran, buku program dan penyelaras pertandingan reka bentuk grafik kerjaya dan penyelaras keseluruhan pertandingan. 

Manakala saya sendiri selaku AJK Sambutan Dan Protokol. Cuma yg membuatkan saya terkilan adalah tarikh mesyuarat dan karnival negeri saya perlu ke Terengganu bagi fasilitatator kompetensi GBK DG44 dan DG 48 yg mana saya akan membimbing mengenai cara menjalankan kajian tindakan, penerbitan dan ICT. Jadual telah pun kami perolehi sebelum ini. Nak kena adjust pun terkena kursus yg lain pula....hmmm Julai bulan komitmen kerja dgn KPM, JPN dan PPW.


 Good luck exam 
Nana and Farhan







23 May 2018

Selamat Hari Lahir Rozinani




Selamat Hari Lahir buat partner yg dah 11 tahun bersama di sini. Rakan sekerja saya yg mempunyai rekod rakan sekerja paling lama dan dah jadi sahabat karib pula bila lama masa spent bersama.
Tak susah nak ingat birthday Rozi dan mustahil tak ingat sbb birthdaynya berselang sehari dgn Nana satu satunya anak dara saya huhuhu.
Maka setiap kali birthday Nana, saya akan ketepikan kek juga buat Rozi.
Memandangkan tahun ni diraikan pada bulan puasa maka saya memilih tarikh sehari sebelum puasa iaitu 16 Mei yg lepas untuk meraikan advance birthday Rozi dan belated birthday Afiqah. Salah satu kroni kami di SMK Cheras hahaha. Plan asal nak ke Rawsha kedai makanan Arab, tetapi jamuan Hari Guru dgn makanan yg variety dan berlambak menyebabkan kami mengulang mkn pagi dan tgh hari selepas Sambutan Hari Guru di sekolah. Memandangkan dah tak larat nak ambil heavy lagi maka pada pkl 3.30 petang kami ke IKEA bersama sama Kak Raudzah juga dan bersantai di sana celebrate birthday Rozi dan Afiqah.
What i wish for her?
Dikurniakan rezeki yg murah dan berpanjangan. Murah rezeki dgn anak, Rozi ini dan sekarang tgh sarat tunggu due bersalin. Semoga selamat anak dan ibu. Semoga persahabatan kami dilimpahi kasih sayang yg berterusan.
Mempunyai sahabat yg baik juga adalah rezeki.

What i wish for Afiqah?
Semoga sihat dan kesihatan di tahap terbaik. Semoga murah rezeki yg berpanjangan dan diberkati dan bertemu jodoh yg saling sayang menyayangi dan membahagiakannya. 

2 hour drive to meeting
6 hour meeting
1 hour drive from meeting
Result...dizzy.


21 May 2018

Majlis Pelancaran Program Ihya Ramadhan SMK Cheras







Majlis Pelancaran Program Ihya Ramadhan dengan tema Ramadhan Pembina Sahsiah Ummah dirasmikan oleh Pn Hajah Kamariah Bt Abu pengetua SMK Cheras
Majlis Pelancaran dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Nasrun,
Diikuti dengan bacaan Quran dan terjemahan Quran oleh murid.
Persembahan sketsa oleh murid 3 Imtiyaz
Kuiz agama
Pelancaran dan perasmian dgn gimik teropong untuk melihat anak bulan dan pengetua sign pada replika anak bulan tersebut. 
Tahniah panitia Agama yg sangat kreatif.

Program sepanjang bulan Ramadhan adalah 
Solat Zohor berjemaah
Solat Dhuha 
Infaq Ramadhan
Tadarus Al Quran
Majlis Berbuka Puasa, Solat Terawih dan Solat Hajat pada 1 Jun 2018
Majlis Khatam Quran dan Sumbangan Duit Raya pada 8 Jun 2018

Mari kita sama sama memeriahkan majlis Ramadhan ini dan semoga amalan kita diberkati

Thank you MSU
Every year contributes kurma for UBK

19 May 2018

Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya WPKL



Gambar tahun lepas sewaktu Hari Anugerah HEM dan Kokurikulum. Tahun ni boleh kekal ke sebagai Kelab terbaik setiap tahun?
Lagi sebulan nak bertanding peringkat daerah dan tiada persiapan lagi dibuat  Walaupun urusetia peringkat daerah menetapkan beberapa sahaja pertandingan yg wajib masuk seperti kuiz atau satu lagi pertandingan tetapi kami dah terbiasa  dengan semua kategori kami sertai. Menang dan kalah belakang kira. Saya nak murid dan ahli kelab atau PRS menyertai apa shj pertandingan untuk resume mereka. Saya sbg guru hanya penggalak dan pembimbing info yg diperlukan. 50 peratus lagi usaha mereka untuk meraih tempat terbaik. Semoga kejayaan milik kita lagi tahun ni. Saya share garis panduan karnival pendidikan kaunseling kerjaya WPKL. 

Selamat Berpuasa
Iftar with my sis
Al Ikhlas Sg Chua



18 May 2018

Rumusan Ujian Pra PPSDM SMK Cheras







Sekolah siapa terlibat dengan PPSDM KPM? Program begini pernah dijalankan dahulu dan guru kaunseling dan guru disiplin di sekolah dilatih dgn modul PPSDM antaranya ponteng , buli, kesopanan. Kemudian setiap sekolah perlu menghantar penyertaan 5 orang untuk peringkat daerah bagi setiap kategori bergantung kpd masa dan tempat yg ditentukan urusetia.
Kemudian program itu sudah lama juga tidak diadakan di peringkat daerah mahu pun negeri sehinggalah tahun ini dimunculkan kembali tetapi dgn format penyertaan terhad kepada sekolah sekolah terpilih. Mungkin sekolah hot spot yg mempunyai masalah disiplin murid ?

Seorang guru kaunseling dan ketua guru disiplin diperlukan untuk mengikuti TOT ini di Hulu Langat. Dan sekolah saya menghantar Kak Raudzah. Sekolah terpilih perlu mengenalpasti 40 murid oleh guru disiplin dan melaksanakan modul yg diberi. Peruntukan 4k akan diberikan untuk kem yg akan dijalankan. 

Murid yg terpilih akan melaksanakan Ujian Pra yg dikendalikan oleh guru kaunseling dan perlu di key in hari ini. Ujian tersebut diberikan untuk mengukur 3 kriteria iaitu jati diri, tanggungjawab dan nilai diri. Dengan 16 soalan yg mana 4 soalan mengukur jati diri, tanggungjawab dan nilai diri.
Setelah ujian Pra dijalankan didapati tiada seorang pun skor rendah. 8  skor sederhana dan 32 skor tinggi. Sepatutnya apabila ujian pra dijalankan skor adalah lebih rendah dari post penilaian. Agar rumusannya ialah terdapat impak yg tinggi iaitu peningkatan terhadap jati diri, tanggungjawab dan nilai diri. Tetapi nampaknya apabila...tinggi, adakah post penilaian semua ni agaknya dpt markah penuh.
Atau ujian pra ini jika dijalankan kpd murid yg belum menerima sesi kaunseling dari guru kaunseling,  tindakan disiplin  dari guru disiplin atau intervensi atau bimbingan dari guru lain mungkin boleh diperolehi skor yg rendah terhadap jati diri, tanggungjawab dan nilai diri sebaik sahaja kesalahan disiplin berat di lakukan.
Tapi dari segi skor yg diperolehi rumusan yg boleh saya buat adalah
1) 80% peserta murid mempunyai jati diri yang tinggi, bertanggungjawab dan nilai diri yg tinggi dan hanya 20% murid mempunyai jati diri yg sederhana, tanggungjawab juga sederhana dan nilai diri yg sederhana. 

Submit dateline GCPC 2018
Semoga dimurahkan rezekiku yg berpanjangan


16 May 2018

Hari Guru 2018 : Anugerah Guru Signifikan Penyayang Anjuran UBK














Selamat Hari Guru kpd semua rakan rakan yg bergelar guru.
Guru Pembina Transformasi Negara.
Tahun ini adalah tahun terakhir puan pengetua meraikan bersama kami sbg seorang pendidik sebelum bersara wajib pada bulan Oktober nanti.
Dan yg pastinya sempat juga kami bertiga meraikannya sebelum Rozi bercuti panjang bersalin. Dan yg specialnya tahun ini dgn tema twin dan triplet. Memandangkan dari 10 set baju kami yg sama, hanya yg ini sahaja Rozi masih muat menyarungkannya dgn perutnya yg dah sarat, maka kami pun terpaksalah pakai songket ni juga. Oklah comei gak bangga boss tgk kami pakai baju pemberiannya.

14 May 2018

Lawatan Dari Majlis Guru Kaunseling Terengganu Ke UBK





Selepas bercuti panjang 6 hari maklumkan sekolah adalah pusat mengundi maka kami bercuti dari hari Selasa lagi iaitu dari 8 mei lagi. 
Surat diterima dari 7 Mei 2018 dan, sewaktu hari mengundi apabila Barisan Nasional mengumumkan cuti 14 dan 15 Mei jika Barisan Nasional menang saya terfikir adakah program ini akan diteruskan. Tup tup dapat panggilan telefon dari urusetia menyatakan bahawa mereka tetap akan teruskan program memandangkan hotel telah ditempah. Mereka bertanya adakah kami masih sudi untuk meluangkan masa menerima kunjungan memandangkan jika BN menang, waktu tersebut adalah cuti umum. Saya menyatakan kesanggupan untuk saya dan rakan UBK hadir menyambut mereka walaupun cuti umum. 

Tup tup Parti Harapan pula yg menang yg memberikan cuti hingga Ahad. Saya pula terfikir adakah mereka akan datang kerana cuti umum pada hari Ahad iaitu hari Terengganu bekerja. Nak telefon segan. Maka pada hari Isnin barulah saya roger dan mereka sudah berada di KL seramai lebih kurang 25 orang. 
Akhirnya direalisasikan.

Saya berkongsi bagaimana menjalankan amalan terbaik dan beberapa tips untuk dimasukkan ke dalam slaid pembentangan dan bagaimana membina amalan terbaik untuk mendapatkan skor terbaik mengikut point yg diberi.
Happening group pelawat ni, dari boss besarnya En Taha yg suka melawak dan membuatkan saya present secara santai dan menahan ketawa juga.
Dah lama tak dengar orang bercakap Terengganu ..teringat time belajar 5 thn di Terengganu. Best slang mereka sedap di dengar.
Sesi soal jawab saya berkongsi pengalaman menyertai pertandingan amalan terbaik peringkat kebangsaan selama 3 tahun berturut dan tahun ini kami rehat sekejap dari pertandingan amalan terbaik.
Selepas sesi pembentangan amalan terbaik, kami mengiringi tetamu ke bilik kaunseling pula. Kami menunjuk demo menggunakan komputer e klien kami yg mempunyai akses terhadap psikometrik dan menerangkan bagaimana eklien memudahkan kami mentadbir ujian psimometrik dan analisa akan dibimbing oleh guru kaunseling sewaktu intervensi.

Terima kasih atas kunjungan dan keropok lekor yg sedap. 

#Hari pertama 
Bekerja dengan kerajaan PH


5 May 2018

Tips Buat Penulis Di Konvensyen Penulisan Kuala Lumpur





Tips untuk penulis saya kongsikan di sini.
Forum 1 Nak jadi karyawan? Boleh hidup ke?
Oleh Syaizatul Akmal dari Blink Books
Amir Muhammad dari Buku Fixi
Dr Fahd Razy dari Katapilar
Moderator: Zamri Mohamad (Kursus Penulisan.com)

Kumpulan Blink Book mensasarkan kpd novel remaja dan merupakan pengeluar no 1 novel remaja di Malaysia sekarang dgn jumlah pendapatan untuk beberapa penulisnya hampir 12 org mencecah royalti 5 angka. 

Strategi pemasaran iaitu penulis perlu menulis untuk menjual produk sbg asas. Dan perlu ada pasaran dan mengenal pasti masalah apa. Buku penulis yg 1 hingga kelima perlu lihat demand pasaran. Buku ke6 apabila sudah membina nama barulah buku itu mengikut acuan kita yg inginkan suntikan seni dan nilai apa. Prinsip utama penulis baru perlu survive dulu untuk pasaran. 

Sttategi syarikat pergi ke sekolah sekolah untuk mempromosikan buku. Kerana tidak boleh bergantung 80 peratus jualan buku pada retailer. 

Nilai buku ditentukan oleh pasaran. Penulisan adalah perniagaan. Kontrol faktor dalaman 100 peratus yg kita boleh kawal. 

Gunakan media sosial seperti instagram/twitter dan facebook. Penulis cover kos penerbitan.  

Kriteria jual ada komitmen, hadir sewaktu meet and greet dan jual berapa banyak. 
Syarikat ini mengadakan program mentor mantee dengan 5 penulis mentor yg berpengalaman dan bukunya terjual akan membimbing 20 mantee penulis muda. 

Bagi syarikat Blink, best seller tiada nilai berapa byk untuk dijadikan best seller di Malaysia. 

Sbg penulis perlu tau angka berapa iaitu atas tangan dapat berapa, pembekal, pengedar dan kos sara hidup. Berapa buku nak dijual?  Ia patut dilayan sebagai sebuah perniagaan. 

Bayaran kpd penulis berdasarkan kpd kos setelah mengambil kira kos cetakan buku, pengedar buku, penerbit buku dan kpd peniaga kedai buku. 



Sykt Katterpillar fokus sastera seperti puisi dan cerpen serta perubatan. Buat rangka penulisan dahulu baru terbit. Think tank dgn develop konsep dan baru cari penulis. Ini kerana penerbit menanggung sepenuhnya kos penerbitan dan penjualan. Sykt ini merasakan best seller merupakan buku yg termasuk dlm carta best seller. Penulis perlu mencari idea baru dan sumber baru yg sesuai. Karton pun 

Sykt Fixi yg byk mengeluarkan novel cinta. Buku bukunya selalu berada di carta sbg buku terlaris di pasaran dan 9 darinya adalah dari sykt Fixi dgn novel yg bertajuk ayat rindu dan kasih. Penulis perlu mengetahui sewaktu menulis, kpd siapakah dia perlu menulis. Dgn prinsip no body knows anything dan takdir,  buku itu tidak boleh diletakkan nilai kualiti krn jika dinilai penulis akan terprogram.. Best seller bagi Fixi ialah jualan buku melebihi 10k pada 2 tahun pertama. 

Penulis perlu mempunyai 3 sifat iaitu kerja yg bagus, nice to work with dan punctuality. Jika ada mana mana dari dua kriteria di atas, penulis boleh berjaya. Tapi biasanya punctuality merupakan kriteria yg penting. 
Penjualan menggunakan media sosial dan wordtab. Mencuba genre baru seperti horror/ supernatural dan jika penjualan di di Asia Tenggara masukkan unsur local dalam novel tersebut. 
Jika dulu, penulis mendapat royalti selepas 6 bulan penjualan namun kini penulis sudah mendapat advance dari penulisan. 










Forum 3
Anugerah: Prestij Atau Keperluan
SM Zakir : Anugerah SEA Write Awards 2011
Nisah Haron ( Hadiah Sasterawan Muda MASTERA 2017)
Moderator: Hafiz Latiff ( Legasi Oakheart)

Nisah Haron: 
Anugerah merupakan satu amanah. Jika dahulu manuskrip yg menerima anugerah baru diterbitkan. Oleh itu aim dahulu mmg untuk menang anugerah agar novel dapat diterbitkan dijadikan penandaaras. 
Namun menyertai pertandingan menyebabkan penulis terikat dengan kehendak juri dan bersyarat. Buku yg memenangi hati juri dan menang akan dibeli terlebih dahulu. Novel perlu bersifat memenangi hati pembeli iaitu mendapat anugerah best seller atau memenangi hati zaman iaitu diingat sepanjang zaman walau tidak mempunyai jualan best seller. 

SM Zakir
Penulis perlu melihat hasil penulisannya dari segi emosi.Matlamat juga digerakkan oleh pengiktirafan. Anugerah merupakan satu jenama untuk diundang. Ia dapat melonjakkan jualan buku dan membangunkan industri buku.








Forum 4:
Ilustrasi Dan Komik: Apa Dunia Mahu Dari Kita
Yusof Gajah ( Juri Nami Concours/ Pemenang ACCU Noma Concours Grand Prix 1997)
Gayour ( Pelukis Komik Bersama Selamanya, Majalah Ujang)
Moderator: Faizal Mukhtar ( Manteraverse)

Masukkan elemen local dalam pasaran global




Forum 5
Mampukah Karya Dan Karyawan Lokal Beraksi Di Pentas Global?
Andrea Hirata ( Pemenang New York Book Festival 2013, ITB Buch Awards 2013)
Hasri Hasan : Perbadanan Kota Buku
Moderator: Aliff Basri ( Perbadanan Kota Buku)

Penulis yg ingin hasil tulisannya merentas benua, masukkan unsur local.

Versi buku yg akan dipasarkan di negera lain berbeza dengan karya asal untuk memenuhi keadaan di sesuatu negara


Forum 6
The Big Why

Asma Nadia : Novelis Best Seller Indinesia
Fadzli Yusof: Anugerah Buku Pilihan Pembaca Paling Popular Berita Harian-Popular Bookstore 2008
Moderator:Azzah AR ( Nuun Books)

Kata kata motivasi dari Asma Nadia mengenai motivasi untuk sentiasa menulis ialah mengenai tulislah satu buku sebelum mati, penulisan akan menjadi   

“Kalau belum yakin ada kunci ke syurga, teruskan menulis.”

"apa legasi yang akan kita tinggalkan selepas kematian kita? penulisan/ilmu yang bermanfaat yang akan manusia terus amalkan dan tak luput dek zaman."

 "Apabila mahu berterima kasih, jangan menunda-nunda" - Andrea Hirata


Ana Muslim for Nana
Komik for Farhan
Tarbiyah for Farietz
#bacabukuNilam