Total Pageviews

nurhaiza.gksmkcheras@gmail.com

16 May 2018

Hari Guru 2018 : Anugerah Guru Signifikan Penyayang Anjuran UBK














Selamat Hari Guru kpd semua rakan rakan yg bergelar guru.
Guru Pembina Transformasi Negara.
Tahun ini adalah tahun terakhir puan pengetua meraikan bersama kami sbg seorang pendidik sebelum bersara wajib pada bulan Oktober nanti.
Dan yg pastinya sempat juga kami bertiga meraikannya sebelum Rozi bercuti panjang bersalin. Dan yg specialnya tahun ini dgn tema twin dan triplet. Memandangkan dari 10 set baju kami yg sama, hanya yg ini sahaja Rozi masih muat menyarungkannya dgn perutnya yg dah sarat, maka kami pun terpaksalah pakai songket ni juga. Oklah comei gak bangga boss tgk kami pakai baju pemberiannya.










Dan kami hari seperti tahun tahun sblm ini kami menganjurkan anugerah Guru Penyayang dgn format berbeza iaitu murid akan memberikan penghargaan kpd guru yg signifikan dalam hidupnya yg dianggap penyayang terhadapnya. Murid yg dapat menyatakan dgn berkesan akan terpilih utk gurunya diundi sbg guru penyayang. Seramai 10 org guru yg terpilih iaitu
Puan Farah Hanum
Puan Noraida
Puan Amila
Puan Umizam Zaharah
Puan Noor Alamiyah
Cik Afiqah
Puan Umi Salbiah
En Amiruddin
En Nik Rahmat
En Balasegar

Anugerah Guru Penyayang pada tahun ini dijalankan dengan format berbeza iaitu anugerah diberikan kepada guru yang diundi oleh murid dengan memberikan kriteria guru penyayang yang memberikan makna yang signifikan terhadap murid tersebut.

Berikut dibacakan profil guru penyayang yang memberikan makna yang signifikan terhadap murid hingga diberikan anugerah Guru Penyayang. 

 

Profil pertama;
Beliau sering menasihati kami agar menjadi manusia yang berguna dan berminda kelas pertama. Beliau tidak pernah berputus asa dengan dugaan yang dihadapi apabila anak didik gagal dalam subjeknya pada peperiksaan. Kami dapat merasakan kasih sayangnya apabila kami jatuh, dia membangkitkan semangat dan tempat luahan isi hati. Selesa dengan guru ini kerana dia seperti ibu yang lembut apabila mengajar. Beliau sering memberi ilham menceriakan kelas dan menjaga urusan dan kebajikan kelas kami walaupun beliau bukan guru kelas kami. Kami dicabar lulus dalam subjeknya dan ganjaran menanti.
Guru yang dimaksudkan: Puan Farah Hanum Bt Ramly 



Profil kedua;
Seorang yang tegas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan selalu membimbing saya,seorang yang sporting yang sering bercerita dengan saya. Saya cukup menghargainya kerana dia membuatkan saya tahu bagaimana untuk merancang masa depan saya kelak

Guru yang dimaksudkan: Cik Nor Afiqah Bt Bt Mohd Sidek 



Profil ketiga;
Seorang yang tegas dalam bab-bab projek subjeknya. Seorang yang suka membuat lawak dan mengambil berat muridnya. Suka memberikan inspirasi untuk meneruskan cita –cita kami. Seorang guru yang sporting dan mudah berbual mengenai kehidupan kami dengannya.
Guru yang dimaksudkan: En Nik Rahmat Bin Nik Mood 




Profil keempat;

He was a good teacher. He is kind and I love the way he teach.He is supportive and understanding and cool.
Guru yang dimaksudkan: Mr Balasegar a/l M. Muniandy 



Profil kelima;
Seorang guru yang suka memberikan nasihat. Seorang yang mengambil berat dan Guru yang suka memberikan makanan ketika saya lapar
Guru yang dimaksudkan: Puan Noraida bt Abdullah @ Mohamad 



Profil keenam;
Guru yang suka mengambil berat tentang kami. Beliau akan memberikan respon terhadap aduan kami. Contohnya sewaktu kami dikacau oleh budak lelaki kelas lain, dia akan memarahi mereka sambal menasihati mereka walaupun bukan murid dari kelas kami.  Guru ini juga suka menasihati muridnya terutama murid Cina yang tidak menyiapkan kerja, dia akan menasihati dan menyuruh mereka menyiapkan kerja itu juga.
Guru yang dimaksudkan:  Puan Amila Bt Abdullah 



Profil ketujuh;
Guru ini meluangkan masa untuk mendengar suka duka muridnya. Guru ini pandai mengurus masa dan bijak mengurus jadual. Saya merasakan dia sangat penyayang seperti seorang ibu walaupun dalam masa yang sama beliau tegas.
Guru yang dimaksudkan : Umizam Zaharah  Bt Ismail 



Profil ke lapan;

Seorang guru yg pemaaf dan mudah memaafkan jika murid membuat silap. Sangat menjaga disiolin kami dan menekanka kecemerlangan semua subjek berbanding subjeknya sahaja. Guru yg tidak berkira masa sanggup waktu cuti, atau malam bersama kami untuk kecemerlangan dan minat kami.
Guru yang dimaksudkan: Puan Umi Salbiah Bt Abd Rahman 






Profil ke sembilan;

Beliau merupakan guru yang baik. Cara pengajarannya mudah diingati dan difahami. Walaupun mukanya garang tetapi dia seorang guru yang mempunyai taman dalam hati. Tidak pernah bosan semasa dia mengajar kerana dia rajin melayan kami dan bergurau dengan kami. Adakalanya beliau seorang yang serius tetapi dia akan menyelitkan unsur keceriaan sewaktu mengajar dan kami sering bergelak tawa. Kami tidak pernah Nampak dia penat melayan karenah kami.
Guru yang dimaksudkan : En Amiruddin Bin Mohd Yusof



Profil ke sepuluh;

Kami dari kelas yang pencapaian akademik yang rendah. Kami bertuah mendapat guru ini kerana sentiasa membantu, membimbing dan menegur kami secara baik dan bercakap dengan elok –elok sahaja sekiranya kami melakukan kesilapan. Beliau memahami jika kami mengahdapi masalah. Cikgu ini tidak pernah menengking kami.
Guru yang dimaksudkan : Puan Nor Alamiyah Bt Zakaria 

Tokoh Guru Penyayang

Seorang guru yg suka menyumbang, dan tidak berkira wang. Menekankan kebajikan murid dan akan mengambil tindakan segera terhadap kebajikan murid. Seorang yg tegas tetapi lemah lembut orangnya hingga murid boleh bermanja dan bergurau. Banyak kemajuan dijalankan untuk pembangunan sahsiah murid dan aktiviti murid di sekolah. Seorang yg sederhana dalam penampilan tetapi kaya dgn motivasi, nasihat dan yg penting tidak berkira dgn duit ringgit untuk kebajikan. 
Guru yg dimaksudkan ialah : Puan Kamariah Bt Abu pengetua penyayang kami.


Dan tahniah kpd guru guru penerima anugerah baju tercantik untuk twin dan triplet ni. Mmg cantik dan bergaya masing masing. 
Anugerah twin
Tahniah Afiqah dan Kak Hana johan
Kedua: Puan Farah dan Puan Soleha
Ketiga; Kak Noraida dan Cik Amira


Selamat Hari Guru.

Happy belated birthday Fiqah
Happy advance birthday Rozi
IkEA

Ketiga

Naib Johan

Johan




Anugerah triplet
Johan: Hashida/Laili Azwa/ Maizatul
Naib Johan:  Norliza Rafie/Norliza Borhan/Haslina Rahim
Ketiga: Khairul/Ratna/Salina
Terima kasih juga kpd guru guru dan murid yg membuat persembahan.
Dan cenderamata yg diberikan.

Ketiga




Kedua

Johan


















No comments: