9 September 2018

Langit Kehidupan: Buku Siri Anekdot Dan Cerita Kehidupan






Cuti sekolah berakhir dan satu kepuasan apabila dapat melibatkan diri dalam penulisan. Sekurang kurangnya bukan menulis blog hahaha. Pengalaman pertama menulis cerita kehidupan untuk diterbitkan walau nampak sama sahaja macam cerita yang biasa saya letakkan di blog tetapi apabila ditulis untuk diterbitkan ia adalah satu perkara yang mendebarkan malah memberikan ketegangan untuk menyiapkannya.
Iya! Benar memberikan ketegangan kerana di blog saya bebas menulis secara santai dan hanya mengambil kira emosi saya yang menulis ketika itu untuk berkongsi cerita. Tetapi apabila menulis untuk diterbitkan dan berkolaborasi pula dengan 19 penulis lain yang anda sendiri pun tidak pernah bersua muka, ia menyebabkan anda perlu mempunyai komitmen menjaga kualiti dari aspek ejaan dan tatabahasa yang betul kerana ia adalah projek kolaborasi. 

Hari ini dalam catatan sejarah hidup saya. Cerita anekdot iaitu cerita yg pendek lebih pendek dari cerpen merupakan percubaan pertama saya dalam penulisan yg bukan ilmiah. Hanya 10 muka surat dan dimuatkan  dalam buku anekdot dan cerita kehidupan bertajuk Langit Kehidupan.  Diedit oleh Munsyi Tn Mohamad Bin Munsip.  Saya fokus penceritaan kepada pengalaman saya dengan ibu bapa yg mempunyai anak yg bermasalah disiplin di sekolah. 

Pelancaran 5 siri buku Anekdot dan Cerita Kehidupan ini dijalankan di Red Card Cafe , Bandar Baru Bangi. Satu daripada anekdotnya berkisah tentang kembara seorang cendekiawan bahasa Melayu, Prof. Datuk Dr Awang Sariyan Kembara Bahasa.Pelancaran ini dirasmikan oleh beliau. Buku saya adalah buku ke2 dengan tagging Langit Kehidupan. Semoga penerbitan pertama ini menyemarakkan lagi semangat saya berkongsi cerita.

9.9.2018
Trigger date to self motivate



































 

Telegram Channel