12 September 2018

Panduan Pembentangan Amalan Terbaik Kaunseling Dan Disiplin






Hari Rabu tapi terasa macam hari Isnin. Dengan bilik berdebu kesan renovation yg belum selesai, saya terpaksa selesakan diri mengadap komputer dengan tergesa gesa menyiapkan tugasan kerana pada pukul 2.00 tengah hari saya kena ke Perlis.
Seorang demi seorang mula menghantar mesej kepada saya mengenai Amalan Terbaik Kaunseling Dan Disiplin peringkat WPKL yg akan dijalankan minggu hadapan.
Saya ingin berkongsi hasil kunjung bantu saya ke SM Agama WPKL selaku jurulatih Amalan Terbaik Kaunseling Dan Disiplin di WPKL . Sekolah ini menyertai dua pertandingan iaitu kaunseling dan disiplin. Yg menariknya kesungguhan kumpulan ini yang bertandang ke sekolah saya untuk mempelajari bagaimana format pertandingan ini dan membentangkan projek mereka untuk dibimbing mengikut skema pemarkahan.
Dan Jumaat lepas saya pula ke sekolah mereka agar mudah apabila saya ingin bertanya mengenai sesuatu polisi atau data, dengan mudah dapat diakses. Saya ingin berkongsi bagaimana cara pembentangan oleh pembentang dijalankan. Ia adalah sebagai panduan hasil keterlibatan saya dalam pertandingan ini selama 3 tahun berturut turut di peringkat kebangsaan.
1. Bentang di hadapan orang luar iaitu bukan warga sekolah anda. Jika orang itu faham dengan projek anda, maka tiada maklumat yang tercicir untuk dibentangkan. Jika orang luar pun tidak faham dan asyik bertanya, ada maklumat yang anda tercicir untuk membentangkan kerana menganggap orang tau.
2. Jangan bentang lama sangat mengenai latar belakang sekolah mahu pun carta organisasi sekolah anda. Maksimumkan masa dgn point yg bermarkah
3. Susun isi pembentangan mengikut pemarkahan jangan lompat sana sini dikhuatiri markah juga terlepas pandang oleh juri. Menyenangkan juri memaksimumkan markah anda.
4. Jangan guna maklumat banyak dalam satu slaid. Fokus isi untuk pemarkahan point itu sebelum bergerak ke point yg lain.
5. Guna kreativiti untuk impak. Gunakan graf, carta yg sesuai dgn julat yg sesuai untuk menampakkan impak sebelum dan selepas yg tinggi. Jika impak sebelum program,  graf yg diplot sela 5 maka graf selepas program juga sela 5. Agar nampak ketara tinggi berdasarkan sela yg sama.
6. Gunakan gambar gambar yg membantu pembentangan. Ilustrasi gambar lagi membantu menunjukkan pada juri betapa realitinya program yg anda jalankan. .dan lebih menarik juri dan peserta lain untuk terus menatap dan mendengar pembentangan anda. Banyak maklumat menyebabkan juri akan memandang muka anda untuk mendengar berbanding dari melihat huruf huruf.
7. Prosedur demi prosedur tunjukkan dengan gambar gambar yg signifikan. Jangan banyak gambar berposing yg tidak signifikan. Gambar kerja amal tunjukkan tengah buat kerja. Bukan gambar berdiri tegak dan berposing mengadap kamera.
8. Jika menggunakan video sbg testimoni, zoom terus pada ayat yang membina mengenai impak program. Tidak perlu kata kata ucapan pembuka atau sebagainya.
9. Yang penting latihan bersama pembantu pasukan anda, jangan anda bentang tapi kawan klik yg lain. Haru jadinya.

Perlis...
After a long time
 

Telegram Channel