2 November 2018

Majlis Persaraan Bertema Tradisional Melaka










Salam Jumaat
Majlis persaraan pengetua untuk tetamu dan guru guru pula. Sebagai AJK Sambutan, saya berada di barisan hadapan dewan untuk scan tetamu VVIP dan VIP untuk memastikan AJK usher meletakkan mereka di tempat yg betul. Majlis persaraan dibuat dalam bentuk tetamu duduk meja bulat dan makan bersama.

Dengan tema tradisional Melaka, AJK Sambutan murid memakai baju ala ala pengawal dengan tombak di tangan. Pengetua diarak masuk dari pejabat sekolah ke dewan dengan beca menggamit pengangkutan tradisional Melaka satu ketika dulu. Tema diplih memandangkan puan pengetua berasal dari Melaka. Pengetua layan sahaja permintaan kami huhuhuhu..sporting betul boss. Cikgu Hazmer berbesar hati apabila AJK Sambutan meminta dia mengayuh beca tersebut dengan pakaian ala ala pengayuh beca di era Melayu Melaka dahulu.

Pengetua tiba sahaja dalam dewan, dayang dayang yang memakai pakaian tradisional terus membaling kelopak bunga bungaan di permaidani merah yang telah dihamparkan.

Hulubalang siap menunggu di dalam dewan di kiri kanan  permaidani merah dengan tombak yg bersilang dan apabila pengetua melaluinya, tombak akan ditegakkan.

Majlis berjalan lancar sehimgga ke acara potong pulut kuning. Kak Raudzah dan Rozi dah sedia menunggu di atas pentas membawa pulut kuning keluar di tengah pentas.

Puan pengetua saya sangat pemurah. Dia membelanjakan kek harijadi guru guru dan di hari kelahirannya kami berbesar hati untuk belanja pengetua pulut kuning untuk dikenang.

Jamuan pula sangat meriah dengan peruntukan makanan dari pengetua, tajaan individu, tajaan Kelab Guru dan pelbagai dermawan lagi. Sate, kambing bakar, nasi briani ayam masak merah dan dalca, bubur kacang, rojak, buah buahan, pulut kuning dan rendang ayam serta ABC dan air koktail. Penuh perut huhuhu.

Acara bersurai dengan pengetua diarak balik dengan kereta BMW dan balik ke sekolah kami bergambar beramai ramai ibarat satu keluarga yang besar.

Happy birthday Khaty
Happy birthday Idah





















































































 

Telegram Channel